• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Masih Setia Dengan UMNO – Hishammuddin

oleh
16/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FOTO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Najib Tun Razak mematikan spekulasi konon akan keluar parti.

Bekas naib presiden UMNO tersebut malah lega gambar berkenaa tular tersebar kerana sebelum ini terlalu banyak spekulasi mengenai langkah politiknya selepas gempar penghijrahan keluar beberapa wakil-wakil rakyat UMNO.

“Orang kata saya nak keluar UMNO masuk PPBM, selepas itu nak jadi setiausaha agung pula, kata saya nak bawa berpuluh ahli Parlimen UMNO keluar, tapi sampai sekarang tidak jadi kenyataan,” katanya dalam nada sinis.

Hishammuddin ditemui media ketika sibuk berkempen untuk Barisan Nasional di Cameron Highlands sempena Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen itu hari ini. Turut hadir ialah Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran.

Tidak ketinggalan iringi beliau dalam tinjauan mesra itu yang tarik perhatian masyarakat tempatan ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Timbalan Presiden MIC, Datuk M. Saravanan.

Mengulas lanjut, beliau berkata hampir setiap hari ada saja spekulasi mengenai isu pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika gabungan politik itu dalam proses pemulihan selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden UMNO bahkan memberi bayangan ada pihak tertentu cuba ‘cari makan’ dengan sengaja sebarkan spekulasi liar seperti itu sehingga dianggap sebagai sahih oleh ahli UMNO.

Baca: Misteri 4 Pemimpin Besar UMNO Duduk Berbincang

“PRK Cameron Highlands mungkin bakal jadi pemangkin kepada semua orang UMNO dan BN sendiri selepas ini. Justeru, siapa hendak cari makan itu, jangan beri dia ruang lagi,” kata Hishammuddin dalam nada tegas.

Ditanya adakah cerita enam wakil rakyat UMNO yang mahu kembali kepada partinya turut dibincangkan dalam pertemuan lapan mata itu, Hishammuddin sebaliknya berkata: Tidak!

Bekas menteri pertahanan dan tugas khas berkenaan juga meminta BN tidak mengembar-gemburkan cerita enam wakil rakyat tersebut bagi menjaga maruah semua pihak terbabit termasuk UMNO.

“Kalau kita cerita dekat khalayak ramai, mana hendak letak air muka? Kalau betul ikhlas mahu balik, biarkan. Mereka boleh sedar sendiri tapi apabila heboh dalam media sosial, kita (UMNO) pun ada maruah,” katanya.

Ditanya mengenai gesaan mahu UMNO adakan pemilihan semula selepas Ahmad Zahid menyerahkan tugas-tugas presiden kepada Mohamad, Hishammuddin berkata pemilihan semula boleh membawa kepada perpecahan.

“Ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Berpecah lagi. Beri ruang untuk orang ‘cari makan’,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong sambil tepis dakwaan konon Ahmad Zahid sedang merajuk dengan parti sendiri.

“Beliau seorang pemimpin matang. Apa yang dia lalui ketika ini bukan perkara mudah. Apa yang saya lalui sebelum ini bukan sesuatu yang mudah,” kata Hishammuddin tanpa ulas lebih terperinci. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO, BN Tetap Sokong Kerajaan Sedia Ada

30/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada di sebalik kemelut serta ketidakstabilan politik ketika...

SUA Hishammuddin Buat Laporan Polis Susulan Surat Palsu

24/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat susulan surat palsu yang mengaitkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd