• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Tawar Makan Sambil Bogel ‘Gulung Tikar’

oleh
09/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RESTORAN pertama dan menjadi satu-satunya restoran di Paris yang membuka peluang kepada pelanggan untuk makan sambil berbogel akan ditutup pada 16 Februari ini, hanya 15 bulan selepas pembukaannya.

Ini kerana konsep sebegitu tidak cukup ‘hangat’ untuk menarik perhatian pelanggan.

“Terima kasih kerana menyertai pengalaman ini dengan hadir makan malam di O’naturel,” umum pemiliknya, Michael dan Stephanie Saada, pasangan kembar berusia 42 tahun.

“Kami hanya mengingati masa-masa yang baik, bertemu dengan pelanggan yang menakjubkan dan pelanggan gembira berkongsi detik luar biasa ini.”

Pasangan kembar ini, yang juga bekas jurujual insurans, mula membuka O’naturel pada November 2017, dengan melihat peluang dan potensi dalam aliran nudisme yang disebarkan di kota fesyen itu.

Bagaimanapun mereka sendiri memakai pakaian ketika berada di restoran itu, begitu juga dengan pelayan-pelayan.

Menurut Local, restoran itu menawarkan hiasan minimal dan masakan mewah bistro Perancis berharga 49 euro (kira-kira RM230) untuk makan malam tiga hidangan.

Foto AFP/Getty

Pelanggan hanya boleh menjamu selera dengan membuat tempahan awal dan diminta untuk menanggalkan pakaian, serta menyimpan telefon dan kamera mereka di tempat khas.

Pelanggan lelaki diberikan selipar untuk dipakai manakalan pelanggan wanita boleh memilih untuk memakai kasut mereka sendiri.

Kerusi-kerusi dialas dengan kain hitam dan sentiasa ditukar. Tirai putih besar digantung di tingkap bagi menghalang pandangan orang ramai dari luar.

Sementara itu Independent melaporkan pengalaman itu terbuka kepada semua orang, sama ada ia satu ‘inisiatif’ atau ingin mencuba.

Foto AFP/Getty

Terdapat kod perilaku yang ketat mengenai perilaku walaupun mereka tidak memakai pakaian ketika makan.

Stephane berkata: “Kami mungkin menolak seseorang atau menjelaskan kepadanya bahawa jika dia ingin ‘pergi lebih jauh’ dia sepatutnya pergi ke tempat lain.”

Walaupun dengan reputasi negara sebagai kota naturalis di dunia, Local melaporkan bahawa selepas pembukaannya, orang sekeliling mempertikaikan konsep tersebut, sambil menyatakan lokasinya terletak bersebelahan pusat jagaan kanak-kanak.

“Saya tak kisah langsung dengan nudisme di pantai,” kata Donatella Charter, seorang jurubahasa berusia 42 tahun.

“Tetapi makan berbogel dengan orang lain, saya tak faham.”

Restoran itu mungkin menjadi lokasi pertama di ibu negara Perancis untuk makan sambil bogel tetapi pastinya bukan yang pertama di dunia.

London membuka restoran berkonsep sama, Bunyadi, pada 2016 tetapi menurut The Guardian, terpaksa mengumpul dana pada 2017 untuk terus bertahan. – MontrealGazette

Tags: bogelO'naturelrestoran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kucing Tanpa Mata Curi Perhatian Dengan Aksi Manja

Next Post

Mayat Gadis Dicuri Untuk Upacara ‘Perkahwinan Hantu’

Related Posts

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

13/11/2023
0

BATU PAHAT: Lelaki dan wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan berbogel di surau plaza tol,...

Next Post

Mayat Gadis Dicuri Untuk Upacara 'Perkahwinan Hantu'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd