• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Real Madrid Sah Ikat Brahim Diaz

oleh
10/01/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Juara Eropah, Real Madrid hari ini mengesahkan kelab itu sudah menandatangani kontrak pemain muda dari Manchester City, Brahim Diaz.

Diaz, pemain sayap berumur 19 tahun, bersetuju menandatangani kontrak enam tahun setengah bersama Real dan akan menjalan pemeriksaan perubatan esok, sebelum diumumkan secara rasmi di Santiago Bernabeu.

“Real Madrid dan Manchester City bersetuju dengan perpindahan pemain, Brahim Diaz, yang dikaitkan dengan kelab ini bagi baki musim ini, dan enam musim lagi sehinggalah 30 Jun 2025,” kata kenyataan Real Madrid.

Perjanjian kontrak Diaz di Manchester City sepatutnya tamat pada Jun ini. Madrid dilaporkan bersetuju membayar 17 juta euro (RM79.90 juta) sebagai pendahuluan, dengan baki 7 juta euro (RM32.90 juta) lagi bergantung kepada persembahannya.

Pemain itu berpindah ke Liga Perdana dari pasukan Malaga pada tahun 2013, tetapi bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama City.

Dia akan menyertai sekumpulan pemain muda Sepanyol di Madrid, termasuklah Marco Asensio, Dani Ceballos, Marcos Llorente, Alvaro Odriozola dan Sergio Reguilon.

Ketika ini, Real bergelut dalam saingan domestik dan menduduki tempat kelima La Liga selepas mereka ditundukkan Real Sociedad 0-2, awal pagi ini. – Agensi

Tags: brahim diazReal Madrid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd