• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Tidak Tahu Urus Sampah

oleh
27/01/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 60 peratus daripada 32 juta populasi rakyat Malaysia masih gagal membuang sampah ke dalam tong sampah meskipun kemudahan itu telah pun disediakan secukupnya, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, pengurusan sampah dilihat masih belum menjadi tabiat masyarakat negara ini dan sikap itu perlu dikikis dalam usaha menjadikan Malaysia bersih.

“Saya ingat tabiat (membuang sampah ke dalam tong sampah) belum jadi darah daging mereka (rakyat) lagi, mereka tidak tahu mengurus sampah termasuk sampah peribadi di rumah.

“Di negara-negara maju, sampah contohnya, mereka simpan dalam beg tangan atau poket dulu sebelum buang dalam tong sampah. Sekarang kita nak budaya orang cari tong sampah, bukan tong sampah cari orang,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan 3R On Wheels dan Kad Mesra di Stesen Petronas Jalan Kolam Ayer Lama, Ampang di sini semalam.

Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Zain Hassan.

Zuraida berkata, publisiti dan kempen kesedaran secara lebih meluas akan dilaksanakan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persatuan penduduk supaya pengurusan sampah secara betul dapat dibudayakan.

Sementara itu, Mohd. Zain berkata, program 3R on Wheels dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad itu dilaksanakan melalui kutipan mata ganjaran pemegang Kad Mesra Petronas dengan hasil jualan barang kitar semula di lori 3R On Wheels.

Katanya, jadual kutipan bagi lori bergerak 3R On Wheels akan dihebahkan melalui platform media sosial Alam Flora termasuk di Facebook, Twitter dan Instagram bagi memboleh­kan mereka merancang menghantar barangan kitar semula mengikut jadual.

Sejak program lori bergerak 3R On Wheels dilaksanakan awal Disember tahun lalu, Alam Flora berjaya mengutip 21.2 tan barang kitar semula di sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya. – BERNAMA

Tags: SampahZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Malu Besar’ Salah Tarikh Temuduga Dengan Microsoft

Next Post

Mamat Khalid Dilapor Kritikal Di ICU

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

Next Post

Mamat Khalid Dilapor Kritikal Di ICU

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd