• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Disaran Guna Minyak Sawit – Timbalan Menteri

oleh AK-47
01/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKYAT di negara ini disaran menggunakan minyak sawit dalam pelbagai bentuk dalam kehidupan seharian sebagai sokongan membantu kerajaan meningkatkan harga komoditi tersebut, kata Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata kementerian itu akan terus mempergiat promosi penggunaan minyak sawit dalam kalangan rakyat negara ini selain mengembangkan pasaran sedia ada serta meneroka pasaran baharu di dalam dan luar negara.

“Kita berhadapan dengan cabaran yang cukup besar dalam usaha meningkatkan harga pelbagai komoditi negara, termasuk sawit kerana industri komoditi merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapataan negara, dan kedudukan harga komoditi terlibat bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi pekebun kecil, malah kepada negara.

“Justeru, kita mengharapkan sokongan masyarakat daripada pelbagai latar belakang pendapatan untuk terus menggunakan minyak sawit agar industri komoditi ini dapat terus dibangunkan supaya permintaan, tawaran dan harganya dapat ditingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas Program Sambutan Tahun Baru 2019 di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Melaka di sini, hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa hampir dua jam melawat pengoperasi pusat kebajikan berkenaan dan menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 55 warga pusat berkenaan yang berusia sembilan hingga 50 tahun.

Shamsul Iskandar berkata kerajaan menerusi kementerian berkenaan akan terus menjalin ikatan dengan pemegang kepentingan dalam industri sawit di pelbagai peringkat. termasuk pekebun kecil untuk bersama-sama melaksanakan langkah berkesan dalam meningkatkan harga komoditi berkenaan.

Beliau berkata antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menerusi pelaksanaan program Biodiesel B10 yang bertujuan meningkatkan penggunaan domestik minyak sawit dan membantu mengurangkan lebihan stok dalam pasaran global bermula 1 Disember lepas.

Katanya syarikat berkaitan kerajaan di negara ini juga digesa memberi tumpuan mempromosi komoditi berkenaan menerusi penggunaan minyak sawit dalam setiap produk yang dihasilkan berbanding minyak lain kerana ia mengandungi anti oksida yang tinggi khususnya mencegah perkembangan sel kanser dan pelbagai manfaat lain selain mudah diperoleh di pasaran.

Katanya satu kajian terperinci sedang dilakukan Lembaga Minyak Sawit Malaysia untuk mengenal pasti peratusan penggunaan komoditi itu dalam kalangan rakyat negara ini dan segmen atau sektor yang belum menggunakan bahan mentah itu.

“Kajian ini akan membantu kita mengatur strategi yang lebih teratur mengikut keperluan semasa dalam usaha mempromosikan komoditi ini secara lebih meluas pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Isu Minyak Sawitminyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd