• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Cameron Highlands: Tular Wanita Berbaju PH Agih Wang

oleh
13/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA pemimpin politik pembangkang mengulas di Twitter berhubung gambar yang memaparkan seolah-olah jentera kempen Pakatan Harapan (PH) Cameron Highlands sedang mengagihkan wang.

Gambar yang dimaksudkan itu memaparkan seorang wanita berbaju PH Cameron Highlands mengagihkan wang kepada beberapa individu yang turut memakai baju sama.

Salah seorang pemimpin pembangkang yang mengirim ciapan berserta gambar itu adalah Anggota Parlimen UMNO Kinabatangan, Bung Moktar Radin.

Bung Moktar turut memberi gambaran bahawa “pemberian wang” akan lebih berleluasa pada hari mengundi.

“Ini bukan politik wang, kakak ni cuma bagi duit minum, tunggulah kat pembuangan undi baru bagi wang besar lagi.

“Sekarang ni pancing dulu mood orang muda, kalau boleh tipu lagi baru masuk gear 4,” katanya.

Selain itu, Naib Presiden MIC dan bekas penyandang kerusi Cameron Highlands, C Sivarraajh turut mengulas gambar berkenaan.

“Ini tak apa sebab mereka kerajaan persekutuan.

“Kalau kita bagi kenduri untuk jentera pun salah besar sampai lima tahun tak boleh mengundi,” katanya.

Kemenangan Sivarraajh di kerusi Cameron Highlands pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum ini dibatalkan selepas Mahkamah Pilihan Raya mendapati berlaku pembelian undi dan seterusnya mengarahkan kerusi itu dikosongkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga menetapkan Sivarraajh hilang kelayakan bertanding dan mengundi selama lima tahun.

Sementara itu, tidak ketinggalan mengulas gambar berkenaan adalah Anggota Parlimen UMNO Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang cuba berjenaka dan mengaitkannya dengan buah ikonik Cameron Highlands.

“Brader tu minta kakak tu tukar duit kecil sebab nak beli strawberi Cameron Highlands. Husnudzon (Bersangka baik),” katanya.

Malaysiakini difahamkan DAP sedang bermesyuarat di Cameron Highlands berhubung isu berkenaan dan dijangka mengeluarkan kenyataan media.

Ketika dihubungi, pengurus kempen PH bagi PRK Cameron Highlands, Wong Kah Woh berjanji akan merespons isu berkenaan dalam masa terdekat. – Malaysiakini

Tags: pakatan harapanpolitik wangPRK Cameron Highlandsrasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Ratu’ Pun Terjerat

Next Post

Perut Besar, Otak Mengecil

Related Posts

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Seorang ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah mendapatkan nombor giliran...

Next Post

Perut Besar, Otak Mengecil

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd