• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Langgar Larangan Merokok Diambil Tindakan

oleh
28/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang anggotanya yang melanggar larangan merokok di premis makanan hingga telah menjadi tular dalam media sosial, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, arahan telah diberikan kepada pengarah jabatan yang berkenaan untuk mengenal pasti anggota tersebut bagi membolehkan tindakan dibuat.

“Dia (individu terlibat) ialah anggota beruniform dan kerajaan telah menguatkuasakan larangan merokok. Larangan itu perlu dipatuhi semua pihak termasuklah para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia.

“Jadi amat tidak beretika jika mereka melanggar perbuatan yang memang tidak boleh dilakukan di tempat terbuka (premis makanan) pada ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Beliau yang ditemui selepas menghadiri mesyuarat Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKK) bersama Ketua-Ketua JPJKK negeri di sini, mengulas mengenai penularan sebuah video semalam yang menunjukkan seorang anggota polis sedang memegang rokok ketika berada di sebuah premis makanan yang termasuk dalam kawasan larangan merokok. – BERNAMA

Tags: anggota polisLarangan Merokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

20/10/2025
0

BALING: Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerasan terhadap seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd