• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cari Lelaki Berbogel Tunggang Motosikal

oleh
27/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang didakwa menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di Jalan Ayer Hitam-Kluang, dekat Kluang, Johor selepas gambarnya berkelakuan demikian tular di laman sosial pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

“Polis kini sedang giat mengesan lelaki itu sekali gus menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Jika didapati normal, lelaki itu boleh dikenakan tindakan kerana berkelakukan tidak senonoh dan mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, gelagat lelaki tersebut yang menunggang motosikal tanpa seurat benang menarik perhatian pengguna jalan raya di kawasan terbabit sehingga menyebabkan ada antara mereka mengambil gambar.

Gambar tersebut kemudian dimuat naik di laman sosial sehingga tular.

Dalam kes berasingan, Mohd Abduh berkata pihaknya menafikan berlakunya kejadian seorang kanak-kanak berumur setahun dilarikan oleh individu menaiki sebuah kereta di Batu 7, Kluang seperti yang turut tular di laman sosial.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita tular di laman sosial atau aplikasi tertentu sebaliknya menghubungi polis bagi mendapatkan pengesahan mengenainya.

Orang ramai juga katanya, turut diingatkan tidak menyebarkan berita palsu bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia 1998. – BERNAMA

Tags: bogel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

13/11/2023
0

BATU PAHAT: Lelaki dan wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan berbogel di surau plaza tol,...

Polis Kenal Pasti Identiti Mayat Lelaki Bogel

Polis Kenal Pasti Identiti Mayat Lelaki Bogel

23/07/2022
0

Petaling Jaya : Polis sudah mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bogel dipercayai akibat terjatuh dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd