• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Lelaki Ugut Isteri Guna Senapang Buatan

oleh
22/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEAUFORT – Polis sedang berusaha mengesan seorang lelaki yang disyaki mengugut isterinya dengan menggunakan selaras senapang buatan sendiri atau bakakuk dalam kejadian di Kampung Gorowot Kuala Penyu dekat sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Azmir Abdul Razak berkata, terdahulu, seorang wanita berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dia diugut dengan selaras senapang dan ditumbuk dimulut oleh suaminya pada kira-kira pukul 9.00 malam.

Kejadian berlaku ketika wanita itu baru balik ke rumah selepas keluar membantu ibunya membuat sagu, katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Menurutnya wanita itu mendakwa suaminya yang dalam keadaan mabuk memarahinya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan lelaki itu kemudian mengambil senapang buatan sendiri yang disimpan di dapur rumah dan memasukkan peluru.

Beliau berkata lelaki itu kemudian mengacukan senapang itu kepada isteri dan anak lelaki mereka berusia lapan tahun, menyebabkan isterinya menjerit meminta pertolongan jiran sebelah rumah.

Azmir berkata lelaki itu terus menyimpan senapang berkenaan ke dalam keretanya dan menumbuk mulut isterinya sebelum melarikan diri, dan menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah. – BERNAMA

Tags: Senapang Buatan Sendiri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buruh Ditahan Miliki Senapang Patah Buatan Sendiri

14/08/2018
0

TELUK INTAN - Seorang buruh ditahan polis kerana memiliki selaras senapang patah buatan sendiri dalam satu serbuan di sebuah bangsal...

Pembuat Senapang Secara Haram Ditahan

16/04/2018
0

KUCHING - Polis menahan seorang penjaga parkir di sini semalam kerana disyaki membuat senapang patah untuk dijual secara haram. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd