• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pil Minda Tidak Jadikan Anda Einstein” – Amalina

oleh
27/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

EKORAN trend penjualan ‘pil minda’ yang didakwa boleh jadikan seseorang itu genius yang makin berleluasa dalam kalangan guru baru-baru ini, Dr. Amalina Che Bakri tampil selar tindakan itu.

Amalina yang juga pakar bedah di London, Britain kini anggap perbuatan para guru yang jual produk ‘pil minda’ adalah tidak beretika dan perlu dilaporkan kepada pihak berwajib.

Beliau juga meminta agar Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku terbabit.

“Saya dimaklumkan bahawa ada ramai guru yang menjual ‘pil minda di sekolah…malangnya… @maszlee sila ambil maklum. Terima kasih.

“Tolong jangan manipulasi pelajar anda untuk membeli produk sedemikian. Buat ibubapa dan para pelajar, kerja keras adalah kunci, diet sihat yang seimbang juga penting.

“Dan memakan ‘pil minda’ tidak akan jadikan anda seorang ‘Einstein’ (Albert Einsten),” katanya menerusi laman sosial Twitternya, @DrAmalinaBakri, baru-baru ini.

Amalina turut menambah, beliau tidak pernah sesekali mengambil ‘pil minda’ dan berkata, “Alhamdulillah I do just fine academically.”

Menjawab soalan seorang pengguna Twitter @iqbalazhr sama ada kismis juga tergolong dalam kumpulan sama seperti ‘pil minda’ itu, Amalina menjawab “Ambil kismis yang segar, bukan yang diproses di dalam botol.”

Amalina sebelum ini merupakan antara pelajar cemerlang negara dan mendapat 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2004. – BERNAMA

Tags: albert einsteinAmalina Che Bakri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Anak-Anak Einstein Sebijak Bapa Mereka?

05/06/2021
0

EINSTEIN mempunyai tiga orang anak. Sulung adalah seorang anak perempuan bernama Lieserl. Dia tidak diketahui oleh seluruh dunia sehinggalah beberapa...

“Janganlah Sakiti Hati Ibu Bapa Ainul”

18/06/2019
0

LONDON - “Janganlah menyakiti hati ibu bapa Ainul, anda tidak berada di tempat mereka. Mereka mahu yang terbaik untuk anak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd