• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petanda Angah Tidak Mahu Makan Dahulu…

oleh
09/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SELALU balik sahaja dari sekolah cucu saya (Nurul Hanim) akan makan dahulu, namun semalam dia tak mau sebelum masuk ke dalam bilik dan tidur sehingga ke malam.”

Begitu kata Jamilah Ismail, 60, nenek kepada Mohamad Hafiz Idris, 1, dan kakaknya Nurul Hanim Idris, 5, yang maut selepas dikelar dan ditetak oleh lelaki yang mengamuk di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan, malam semalam.

Jamilah berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa apabila cucunya yang mesra dipanggil Angah itu berkelakuan sedemikian.

Menurutnya, malah ketika bangun seketika malam tadi pun, dia tetap tidak mahu makan apabila ditanya sebelum masuk semula ke dalam bilik dan terus tidur.

“Tidak lama kemudian saya yang berada bersama seorang lagi cucu lelaki Mohammad Hakim, 7, (cucu sulung) di dalam bilik lain terdengar orang menjerit dan mengamuk di luar rumah.

“Saya hanya dengar lelaki itu bertanya di mana menantu saya (Idris Saad, 47) selepas dia menendang pintu dapur.

“Saya beritahu Idris tidak ada sebelum adik menantu saya yang berada di tingkat atas turun ke bawah, namun dia diserang dan cedera di telinga,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Katanya, ketika kejadian, menantunya tiada di rumah kerana turun ke laut dan tidak menyangka lelaki terbabit tergamak membuat cucunya seperti itu.

“Ketika berlari keluar menyelamatkan diri pun, saya terdetik di dalam hati apalah dia nak buat dekat cucu (mangsa).

“Malah, Angah ketika pulang ke sekolah sempat menunjukkan lukisan dilukisnya dan saya meminta dia menyimpan elok-elok dan tunjukkan dekat mak dia nanti,” katanya. – myMetro online

Tags: dikelarditetakkanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

23/12/2025
0

SEPANG: Seorang wanita warga emas yang juga pemandu e-hailing, parah di leher dan lengan kiri akibat dikelar dengan senjata tajam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd