• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertama Kali Pasangan Gay Diberi Layanan Buat IVF

oleh
28/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU pasangan gay telah ditawarkan rawatan IVF oleh NHS (Perkhidmatan Kesihatan Nasional), dipercayai menjadi kes pertama seumpamanya di Britain.

Pasangan yang sudah berkahwin itu berharap untuk mendapat bayi mereka sendiri menggunakan sperma salah seorang daripada mereka dan seorang ibu tumpang yang akan mengandungkan anak itu.

NHS akan membiayai proses persenyawaan telur penderma dan embrio yang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam ibu tumpang.

Hanya baru-baru ini NHS bersetuju memberikan pasangan lelaki gay ‘layanan’ seperti itu kerana sebelum ini terdapat larangan penggunaan ibu tumpang.

Kerajaan Scotland mengubah dasar itu dua tahun yang lalu, jadi mana-mana pasangan, tanpa mengira jantina atau orientasi seksual, layak mendapat rawatan kesuburan percuma.

Keputusan itu menandakan peralihan terbesar sejak 2013, apabila panduan NHS yang merentasi Scotland, England dan Wales menjadikan IVF tersedia untuk pasangan sama seks dan wanita bujang dengan masalah kesuburan.

Tetapi disebabkan larangan ibu tumpang, dalam praktis pasangan seks sejenis, ia hanya bermaksud pasangan sesama wanita.

Mereka terpaksa menunjukkan kemandulan mereka dengan membuktikan mereka gagal hamil selepas beberapa percubaan dengan inseminasi buatan.

Pasangan dari Scotland itu yang tidak dikenal pasti mendedahkan bahawa mereka ditetapkan menjalani rawatan NHS selepas membuat rayuan penderma telur dalam talian.

Salah daripada mereka menulis: “Klinik NHS kita tidak mempunyai penderma telur, mereka menasihatkan kami mencari penderma telur yang diketahui. Apa cadangan bagaimana untuk melakukannya?”

Seorang kawan menjawab: “Wah, tak tahu pula Scotland ada buat tawaran ini di NHS!”

Lelaki itu menjawab: “Ya, perkhidmatan baharu yang mereka tawarkan di Scotland … kami pun baru tahu.”

Kumpulan hak asasi gay Stonewall berkata: “Kami mengalu-alukan sebarang langkah yang memastikan individu lesbian, gay, bi dan trans mempunyai akses yang adil dan setara dengan rawatan kesuburan.”

Jurucakap kerajaan Scotland mengesahkan rawatan kesuburan ditawarkan kepada pasangan seks sejenis lelaki yang mempunyai masalah kesuburan, termasuk pasangan lelaki seks sejenis yang mahu menggunakan ibu tumpang.

Tetapi dia menekankan bahawa NHS tidak akan mencari ibu tumpang itu.

Walaupun satu dasar IVF itu terpakai untuk seluruh Scotland, keadaan lebih rumit di England, di mana setiap daripada kira-kira 200 kumpulan pentauliahan klinikal menetapkan peraturan kelayakan.

Difahamkan, tiada kes rawatan IVF bagi pasangan lelaki gay yang dibiayai oleh NHS di England.

Di Wales, rawatan kesuburan untuk pasangan gay secara teori tersedia di NHS walaupun dasarnya menyatakan bahawa ‘ibu tumpang IVF hanya akan disediakan di mana tidak ada pilihan rawatan kesuburan yang lain’ dan hanya untuk ‘alasan perubatan’. – Mail Online

Tags: gayivfLGBT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

05/12/2025
0

BANDA ACEH – Dua lelaki yang didakwa sebagai pasangan gay menerima hukuman 76 kali sebatan syariah selepas ditangkap ketika melakukan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd