• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penumpang Gemuk Paling Menjijikkan

oleh
23/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPEI – Seorang penumpang seberat 200 kilogram (kg) didakwa memaksa pramugari penerbangannya membersihkan punggungnya selepas membuang air, kononnya kerana terlalu gemuk dan mengalami kecederaan tangan sehingga tidak mampu melakukannya sendiri.

Lebih menjijikkan apabila lelaki itu didakwa mengerang gembira sepanjang mereka membersihkannya dalam kejadian ketika penerbangan antara Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) ke Taiwan itu.

Perkara itu didedahkan seorang ketua pramugari yang mendakwa penumpang dipercayai warga Amerika itu yang namanya tidak didedahkan memaksanya serta anak kapal lain melucutkan seluarnya di dalam bilik air dan membersihkannya selepas selesai membuang air, termasuk menyuruh mereka ‘mencuci lebih dalam lagi.’

Ketua pramugari yang hanya dikenali sebagai Kuo itu berkata dalam satu sidang media dianjurkan Kesatuan Sekerja Krew Penerbangan Taoyuan sebagai cubaan mendesak EVA Air mula mengambil pekerja lelaki.

Kuo berkata, penumpang yang dianggarkannya seberat 200kg itu menaiki pesawat dengan kerusi roda dan meminta diberikan tiga tempat duduk di kelas ekonomi disebabkan badannya yang besar, dan apabila dibenarkan, meminta pula menggunakan tandas di kelas perniagaan kerana tidak muat dalam kubikel di kelas ekonomi.

“Dia mendakwa tangan kanan cedera dan tidak mampu melucutkan sendiri seluarnya untuk menggunakan tandas, lalu meminta kami melakukannya. Saya memberitahunya kami tidak dapat membantu namun dia mula menjerit, malah mengancam membuang air atas lantai jika tidak ditolong.

“Walaupun tidak mahu, kami akhirnya bersetuju kerana tidak mahu meninggalkannya dalam tandas kelas perniagaan. Namun keadaan semakin memalukan dan menjijikkan apabila dia mengerang gembira ketika dibersihkan dengan krew berkenaan menggunakan tiga pasang sarung tangan getah,” katanya. – Agensi

Tags: gemukjijikpenumpang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi

Penumpang Lahirkan Bayi Di Balai Menunggu KLIA

01/01/2024
0

SHAH ALAM - Kakitangan dan orang ramai di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhadapan situasi luar biasa...

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu

20/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Pemandu bas yang ingkar peraturan jalan raya sehingga membahayakan keselamatan penumpang akan diambil tindakan tegas termasuk tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd