• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggodam Jerman Bocor Maklumat Kerana ‘Sakit Hati’

oleh
10/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN – Pihak berkuasa Jerman semalam berkata, seorang penggodam berusia 20 tahun mengaku mencuri dan membocorkan data peribadi ratusan ahli politik termasuk Canselor Angela Merkel, kerana ‘sakit hati’ dengan sesetengah kenyataan umum mereka.

Penggodam itu, yang masih belajar dan tinggal bersama ibu bapanya, ditahan selepas polis menggeledah rumah keluarganya di negeri barat Hesse, Ahad lalu.

Suspek tidak ditahan reman namun bekerja sama penuh serta tidak dianggap berisiko untuk terbang, kata jurucakap pejabat perkhidmatan jenayah internet Frankfurt, ZIT, Georg Ungefuk.

“Tertuduh berkata, dia mendedahkan data kerana jengkel dengan sesetengah kenyataan dibuat pihak yang terjejas,” kata Ungefuk dalam sidang media di Wiesbaden.

Suspek yang tertakluk di bawah undang-undang juvana Jerman memberitahu polis, dia bertindak sendirian. Dia bakal didakwa atas tuduhan mengintip dan menerbitkan data peribadi secara tidak sah.

Ungefuk berkata, tertuduh membuat satu pengakuan ‘komprehensif’ dan menunjukkan ‘penyesalan jelas’ terhadap pelanggaran keselamatan siber mengejutkan yang menjejaskan kira-kira 1,000 ahli politik, wartawan dan selebriti selain memberi tekanan politik terhadap kerajaan.

Maklumat dibocor dalam talian terdiri daripada alamat rumah, nombor telefon bimbit, surat, invois dan salinan dokumen pengenalan. Data itu kali pertama didedahkan menerusi Twitter Disember lalu, namun tersebar pantas minggu lalu. – Agensi

Tags: Jermanpenggodam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

04/12/2025
0

Jerman secara rasmi telah mengaktifkan bateri pertama sistem pertahanan peluru berpandu balistik Arrow 3 buatan Israel di Pangkalan Udara Holzdorf,...

3 Maut, 5 Cedera Parah Dalam Serangan Bersenjatakan Pisau Di Jerman

3 Maut, 5 Cedera Parah Dalam Serangan Bersenjatakan Pisau Di Jerman

24/08/2024
0

BERLIN - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan bersenjatakan pisau di bandar Solingen, barat Jerman, lapor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd