• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh Makan Sebelum Serah Bayi Tidak Bernyawa

oleh
08/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pengasuh membunuh seorang bayi lelaki kemudian membawanya ke sebuah restoran McDonalds sebelum menyerahkan mangsa kepada ibunya.

Semasa menyerahkan bayi itu, dia memberitahu ibu mangsa bahawa anaknya itu sedang tidur.

Marissa Tietsort, 28, memakaikan baju sejuk kepada Benson Xiong, dua bulan, selepas membunuhnya dan meletakkannya di dalam kerusi kereta kanak-kanak sebelum menuju ke restoran makanan segera untuk makan bersama teman lelakinya.

Sebaik sahaja ibu bayi tersebut, Heather Gardner mendapati ada sesuatu tidak kena dengan anaknya semasa sedang berada di sebuah kedai dobi, dia menghubungi 911 untuk mendapatkan bantuan.

Menurut laporan, kulit bayi malang itu sudah pucat dan bibirnya sudah bertukar kebiruan. Menurut Wausau Daily Herald, bayi itu mengalami kesan hentakan pada kepala manakala tulang tongkengnya turut retak.

Marissa Tietsort didakwa membunuh Benson di kediamannya pada Oktober lalu.

Tietsort didakwa melakukan pembunuhan darjah pertama pada Jumaat selepas membunuh Benson di kediamannya di Wausau, Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) pada 18 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa menghantar mesej kepada ibu bayi itu dua jam selepas wanita tersebut menghantar anaknya.

Tietsort memberitahu ibu bayi itu bahawa dia tidak sepatutnya menjaga kanak-kanak dan mengingatkan wanita itu supaya merahsiakan perkara tersebut.

Tertuduh yang sedang hamil anak keenam turut berdepan pertuduhan mendera seorang bayi perempuan berusia 11 bulan pada musim panas lalu.

Tietsort memberitahu polis bahawa dia tidak membunuh bayi tersebut.

Difahamkan selepas menyerahkan bayi tersebut kepada ibunya, Tietsort juga pergi berenang.

Tertuduh masih ditahan dan akan dibicarakan pada 18 Januari ini. – Metro.co.uk

Tags: bunuh bayikejamPengasuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

Pengasuh Taska Dituduh Bunuh Bayi Berusia 8 Bulan

Pengasuh Taska Dituduh Bunuh Bayi Berusia 8 Bulan

13/09/2024
0

Alor Gajah: Pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd