• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemberian Diskaun Tol Bukan Punca Kesesakan

oleh
30/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemberian diskaun tol sempena musim perayaan utama bukan penyebab berlakunya kesesakan dan kemalangan di lebuh raya.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata sikap pemandu yang cuai dan tidak berhemah terus menjadi penyumbang statistik saban tahun.

“Pemberian diskaun adalah cara syarikat konsesi menghargai pelanggan lebuh raya mereka dan bukan penyebab kesesakan di musim perayaan.

“Paling utama, setiap syarikat konsesi mengeluarkan jadual cadangan perjalanan sebagai rujukan pengguna untuk mereka merancang perjalanan pada musim perayaan,” katanya kepada media selepas melancarkan Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya sempena Tahun Baharu Cina 2019, pada Selasa.

Hadir sama Ketua Pengarah Lebuhraya Malaysia, Datuk Seri Aziz Abdullah dan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Sazally Saidi.

Baru berkata, sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 5 Februari nanti sebanyak 25 lebuh raya akan menawarkan insentif berbentuk diskaun kadar tol sebanyak 10 hingga 30 peratus kepada pengguna.

Jelasnya, diskaun khusus untuk pengguna tol bagi kenderaan Kelas 1 itu akan berkuat kuasa selama 24 jam bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam Selasa, 5 Februari.

“Sebanyak 14 lebuh raya seperti Leburaya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan 2, Lebuhraya SMART, KESAS, LATAR dan Jambatan Pulau Pinang akan menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus,” katanya.

Diskaun 15 peratus pula ditawarkan kepada pengguna lebuh raya AKLEH, LKSA, SILK, GUTHRIE, Lebuhraya KL – Putrajaya dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru.

Diskaun 30 peratus pula ditawarkan oleh tiga lebuh raya iaitu Lebuhraya Grand Saga, Lebuhraya DUKE dan Lebuhraya LDP.

Sementara itu, Lebuhraya Baru Pantai dan Lebuhraya Sungai Besi menawarkan diskaun 20 peratus.

Dalam pada itu, Baru berharap statistik kemalangan dan kematian pada musim perayaan akan terus menurun pada tahun ini.

“Penurunan jumlah kematian yang dicatat melalui Op Selamat ke-12 pada tahun lalu diharap menjadi titik tolak yang positif atas usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak dan berharap trend penurunan ini akan terus dikekalkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Diskaun Tol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amboi Panjangnya Nama Kau Nak!

Next Post

Tangguh Penggunaan Bahan Bakar RON95-Euro 4M

Related Posts

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

26/03/2025
0

AYER KEROH: Kerajaan bersetuju memberi potongan kadar tol musim perayaan sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri...

Diskaun Tol Hanya Pada Raya Pertama, Itu Pun Sedikit Sangat

30/05/2019
0

KLANG - Menteri Kerja Raya Baru Bian hari ini mengumumkan 23 lebuh raya di negara ini akan memberikan diskaun tol...

Next Post

Tangguh Penggunaan Bahan Bakar RON95-Euro 4M

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd