• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Toyota Vios Serah Diri

oleh
24/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMANDU kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan maut sehingga menyebabkan sebuah SUV terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang Ahad lepas ditahan polis awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 21 tahun itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT kira-kira pukul 2 pagi tadi bagi menyerah diri sebelum pemandu berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Lelaki yang bekerja sebagai pendandan rambut itu ditahan dan polis telah merekodkan keterangan pemandu berkenaan bagi membantu siasatan kes,” katanya di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata selain pemandu kereta itu, polis turut merekodkan 15 keterangan daripada pelbagai individu antaranya anggota keluarga mangsa, saksi kejadian dan rakan-rakannya.

Katanya pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu dalam masa terdekat sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Laporan bedah siasat ke atas pemandu kereta yang terhumban dalam laut itu mendapati lelaki tersebut mati disebabkan lemas,” katanya dan menambah proses bedah siasat di Hospital Seberang Jaya selesai selama tiga jam.

Katanya kes kemalangan itu diklasifikasikan semula menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

SUV jenis Mazda CX-5 yang dipandu Moey Yun Peng, 20, seorang penuntut kolej swasta, dilaporkan hilang kawalan selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Toyota Vios sebelum terhumban ke laut dari Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang pada 2.54 pagi, Ahad lepas.

Usaha untuk mengeluarkan kenderaan dan mayat Moey dari dasar laut, mengambil masa lebih 24 jam sebelum berjaya dikeluarkan petang semalam.

Mayat mangsa yang masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang, ditemukan dalam SUV yang remuk itu semasa ditarik keluar dari laut pada 6.07 petang. – BERNAMA

Tags: Jambatan Pulau Pinangkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd