• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelayan Robot Kerja 12 Jam Sehari, Siap Melawak!

oleh
29/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROBOT di Kafe Enjoy Budapest sememangnya serba boleh – dari menghidangkan makanan dan minuman, menari dengan kanak-kanak, bersembang dengan pelanggan, malahan boleh melawak lagi!

Kafe yang dibuka oleh syarikat teknologi maklumat, E-Szoftverfejleszto di ibu negara Hungary itu dilengkapi dengan sekumpulan pekerja dalam kalangan robot.

Pekerja unik itu ditempatkan di kafe berkenaan untuk membiasakan orang awam dengan revolusi teknologikal dalam automasi dan kecerdasan buatan.

Pelayan robot akan menghidangkan makanan dan minuman yang dipesan pelanggan dengan syarat tiada halang sepanjang laluan robot berkenaan.

Ada juga robot yang boleh menghiburkan pelanggan dengan menari, seperti Pepper yang juga penyambut tetamu di kafe berkenaan.

Dibangunkan syarikat Jepun, Softbank, Pepper diubahsuai supaya dapat mendengar percakapan pelanggan dalam suasana bising, demikian kata pemilik kafe Tibor Csizmadia.

Pelanggan dalam talian yang menilai perkhidmatan robot berkenaan tertarik dengan penampilan Pepper, selain cara rakan-rakan pelayan lain yang begitu bersahaja melayan pelanggan.

Walaupun menggunakan robot untuk memastikan operasi kafe berkenaan berjalan lancar, tiada manusia yang diberhentikan kerja.

“Malahan, kami terpaksa menambah sekali ganda kakitangan dalam kalangan pakar IT untuk memastikan 16 ke 20 robot itu dapat beroperasi dari 9 pagi hingga 9 malam,” kata Csizmadia. – IndiaToday

Tags: pelangganrobot
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laluan Rafah Ditutup, 2,500 Penduduk Gaza Tidak Dapat Tunai Haji

Ejen Insurans Ugut Bunuh Pelanggan Ditahan

14/06/2024
0

BALIK PULAU - Polis menahan seorang ejen insurans bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap pelanggannya di Bayan Lepas...

Pekerja Restoran Dipukul Pelanggan Ambil Lauk Dengan Tangan

Pekerja Restoran Dipukul Pelanggan Ambil Lauk Dengan Tangan

17/03/2023
0

PUTRAJAYA: Gara-gara menegur pelanggan mengambil lauk dengan tangan seorang pekerja restoran dibelasah tiga lelaki di Cyberjaya kelmarin. Ikuti Mynewshub: Telegram Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd