• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekebun Parah Terkena Peluru Sesat Pemburu

oleh
17/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pekerja kebun cedera di bahagian leher dipercayai terkena peluru sesat ketika sedang membersihkan kebun buah-buahan di belakang Taman Kinta Perdana dekat Batu Gajah di Ipoh, bersama dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Ahmad Adnan Basri berkata mangsa Muhammad Safwan Abu Jaapan, 20, kini berada dalam keadaan stabil dan telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, untuk mengeluarkan serpihan, disyaki peluru penabur di leher mangsa.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada Pembantu Perubatan bahagian Wad kecemasan Hospital Batu Gajah bahawa mangsa disyaki terkena tembakan peluru sesat di leher kira-kira 5.45 petang, semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan, rakan mangsa terdengar bunyi letupan sebelum menyedari mangsa yang berada berhampirannya rebah dan darah mengalir di leher.

“Kejadian disyaki akibat peluru sesat yang dilepaskan oleh pemburu haram yang sering memburu ayam hutan dan binatang lain di situ,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kawasan kebun buah-buahan yang berpagar itu telah diteroka sejak 10 tahun lalu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960. – BERNAMA

Tags: Peluru Sesatpemburu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Tertembak Mati Rakan Semasa Berburu

23/10/2018
0

KAPIT - Seorang lelaki tertembak rakannya ketika berburu di kawasan Lubuk Nabau, Sungai Sut, Balleh, dekat sini petang semalam. Mangsa...

Jururawat Dalam Pantang Cedera Terkena Peluru Sesat

19/10/2018
0

PENDANG - Seorang jururawat yang sedang berpantang selepas melahirkan anak ketiganya nyaris maut apabila terkena peluru sesat dipercayai dilepaskan dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd