• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PeKa B40 Saling Melengkapi Skim mySalam

oleh
28/01/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SKIM Peduli Kesihatan (PeKa B40) merangkumi inisiatif pemeriksaan kesihatan percuma khusus untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berusia 50 tahun ke atas dijangka bermula Mac ini.

Projek perintis PeKa B40 melibatkan peruntukan awal sebanyak RM100 juta itu menyasarkan 800,000 penerima BSH serta pasangan masing-masing.

Fokus utama skim ini adalah melakukan saringan kesihatan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) yang belum didiagnos terhadap kumpulan sasar terbabit.

Keseluruhannya terdapat 3.94 juta penerima BSH yang berusia 50 tahun ke atas, sekali gus layak untuk menerima tawaran menerusi skim ini. Bagaimanapun, projek awal ini memfokuskan kepada 800,000 penerima bantuan berkenaan.

Daripada jumlah itu, lebih 50 peratus atau hampir dua juta adalah penerima BSH dalam kategori NCD yang belum didiagnos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sebagai permulaan, projek perintis ini dilaksanakan berdasarkan konsep first come, first served untuk seramai 800,000 penerima BSH.

Datuk Seri Dzulkefly Ahmad melancarkan Skim Peduli Sihat (PeKa B40) di Putarajaya.

“Empat teras utama menerusi skim ini adalah saringan kesihatan percuma; insentif RM1,000 diberikan kepada pesakit yang melengkapkan rawatan kanser di hospital kerajaan; insentif tambang pengangkutan dengan had maksimum RM500 bagi Semenanjung dan RM1,000 di Sabah dan Sarawak untuk setiap penyakit.

“Satu lagi teras adalah bantuan alat perubatan dengan had maksimum RM20,000 seumur hidup melibatkan stent untuk jantung, alat sendi tiruan, alat bantuan pendengaran, perentak jantung, prostesis dan implan untuk tulang belakang, prostesis dan ortosis tulang anggota, kanta mata intraokular, alat terapi pernafasan dan oksigen concentrator dan bantuan sokongan nutrisi serta kerusi roda,” katanya pada majlis pra pelancaran skim berkenaan di Kementerian Kesihatan, Putrajaya, Isnin.

Dzulkefly berkata, proses saringan melibatkan klinik swasta dan data terperinci berkaitan lokasinya akan dimuat naik menerusi laman web PeKa B40 sepenuhnya mulai Mac ini.

“Saringan ini termasuklah pemeriksaan kesihatan mental, klinikal payudara, klinikal prostat dan pengesanan penyakit mental,” katanya.

Dzulkefly berkata, PeKa B40 ini saling melengkapi skim mySalam yang memberi perlindungan insurans kepada penerima BSH berusia 18 hingga 55 tahun dan baru menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal. – mStar Online

Tags: BSHmySalamSkim PeKa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat: 97 Peratus Veteran ATM Tidak Berpencen Terima BSH

Dewan Rakyat: 97 Peratus Veteran ATM Tidak Berpencen Terima BSH

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, sehingga hari ini sebanyak 97 peratus daripada 9,000 veteran Angkatan...

RM35 Juta Tuntutan COVID-19 MySalam Diluluskan

10/02/2021
0

PUTRAJAYA - Sebanyak 67,000 tuntutan berkaitan COVID-19 di bawah inisiatif PRIHATIN MySalam dengan jumlah keseluruhan RM35 juta diluluskan sehingga akhir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd