• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecutan Emas Kelima Azizulhasni Di Kejohanan Asia

oleh
13/01/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang berjaya menamatkan kemarau pingat pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia kali ke-39 selepas meraih pingat emas dalam acara pecut individu di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia hari ini.

Pelumba kelahiran Terengganu itu meraih pingat emas kelima dalam kerjayanya selepas memenangi emas dalam acara berkenaan pada edisi 2008, 2009, 2014 dan 2017.

Pada pentas final, Azizulhasni, yang diberi jolokan ‘ The Pocketrocketman’, menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengetepikan cabaran pelumba China, Xu Chao pada perlumbaan ketiga dengan catatan masa 10.154 saat (s) manakala Xu ketinggalan 0.004s.

Untuk rekod, Xu memenangi perlumbaan pertama dengan catatan 10.307s, sebelum Azizulhasni meraih kemenangan pada perlumbaan kedua dengan catatan 10.270s.

Seorang lagi wakil negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang meraih pingat perak dalam acara keirin sebelum ini, menambah koleksi pungutan pingat apabila menewaskan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe pada aksi penentuan pingat gangsa.

Muhammad Shah memenangi perlumbaan pertama dan kedua, masing-masing dengan catatan 10.380s dan 10.449s. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JDT Lancar Jersi Baharu Musim 2019

Next Post

Kura-Kura Guna Tinder Cari Pasangan

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

Kura-Kura Guna Tinder Cari Pasangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd