• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pau Pak Ngah Ampang Cita Rasa Itali

oleh
01/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Muhammad Afiq Roslan yang membesar dengan perniagaan kuih pau keluarganya, membawa kelainan kepada resipi keluarga dengan memberi suntikan rasa ‘Italian’.

Beliau mewujudkan ‘fusion’ atau gabungan timur dan barat untuk inti paunya dengan perkenalkan inti ‘Cheese Beef Bolognese’ (bolognese daging berkeju) dan ‘Mushroom Chicken Carbonara’ (carbonara ayam cendawan).

Pemilik gerai pau Pak Ngah di Taman Bukit Indah di Ampang dan Puchong ini berkata pau itu turut ditaburi daun oregano dan serbuk lada hitam bagi menjadikan rasanya seolah-olah spageti sebenar, tetapi dalam versi kuih pau.

“Setiap pau dan inti dihasilkan kilang kami adalah 100 peratus ‘homemade‘ kerana bagi kami, kualiti adalah sangat penting agar rasa kekal gebu, lembut dan setiap ‘gigitan’ berbaloi harga,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau yang berusia 27 tahun itu berkata pau yang dijualnya juga dipastikan mempunyai inti yang padat dan segar bagi memastikan pelanggannya tidak ‘gigit kosong’.

Muhammad Afiq berkata kedua-dua jenis pau yang dikategorikan sebagai ‘Premium Flavour’ berserta pau rendang daging yang dijualnya, merupakan antara produk paling laris.

Beliau berkata gerainya turut menjual pau tradisional seperti inti kaya, kacang merah, coklat, sambal ikan bilis, kari daging, kari ayam serta kelapa, dan pau-paunya ini dijual dari RM1.95 hingga RM3.35 sebiji.

Muhammad Afiq, yang merupakan generasi kedua menjalankan perniagaan pau di ibu negara itu, berkata pihaknya menjual kira-kira 800 hingga 1,000 biji pau setiap hari, termasuk pau sejuk beku.

Ditanya tentang perancangan jangka panjang, usahawan muda itu berkata mereka lebih selesa menjalankan perniagaan itu berkonsepkan warung jalanan kerana baginya, konsep sedemikian lebih dekat dengan pelanggan.

“Hasrat untuk buka kiosk di dalam pasar raya itu memang ada tapi kami mahu memastikan jenama Pau Pak Ngah ini benar-benar kukuh dahulu… Insya-Allah dalam lima tahun akan datang, impian itu boleh direalisasi,” ujarnya.

Beliau juga merancang untuk melebarkan gerai paunya ke Taman Melawati dan SS19 di Subang Jaya pada bulan ini.

“Pada tahun hadapan, saya menyasarkan sebanyak 20 cawangan akan dibuka di sekitar Lembah Klang, termasuk menambah lagi jumlah ejen produk kami ini.

“Perniagaan pau ini membawa nilai sentimental kepada kami kerana dengan hasil jualan kecil-kecilan pau inilah ibu bapa kami mampu menyara kami semua dan sebagai balas jasa, kami mahu mengusahakannya.

“Malah ini boleh membawa ke tahap yang berbeza,” kata anak sulung daripada empat beradik itu yang turut mengendalikan perniagaan bersama adik perempuannya, Nur Afifah Roslan, 25 tahun, sejak Oktober tahun lalu.

Beliau berkata gerai pau di Ampang dibuka setiap hari bermula pukul 3.00 petang hingga 9.00 malam, manakala di Puchong dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang. – BERNAMA

Tags: Pak NgahPAU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aplikasi TikTok Tidak Sesuai Bagi Remaja

Next Post

Selepas 50 Tahun, Jepun Tamat Khidmat Kelui

Related Posts

Waris Komposer Pak Ngah Terima Faedah PERKESO

08/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Balu kepada komposer Datuk Suhaimi Mohd Zain, 60 atau Pak Ngah yang meninggal dunia akibat serangan jantung...

UMNO Sanggup Bekerjasama Dengan Parti Lain

30/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Pintu UMNO sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan sebarang parti politik asalkan prinsip UMNO tidak tergadai dan...

Next Post

Selepas 50 Tahun, Jepun Tamat Khidmat Kelui

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd