• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pas Tanpa Had MY50 Diperluas Ke Pulau Pinang

oleh
08/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Pas Tanpa Had My50 bagi fasa kedua, akan diperluas kepada pengguna bas RapidPenang menjelang pertengahan kedua tahun ini sebelum ke negeri lain.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, beliau telah meminta Prasarana untuk kaji segera dan hasilkan cadangan.

Pas My50 yang diperkenal pada 1 Disember tahun lepas, membolehkan pelanggannya menaiki semua bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had sepanjang 30 hari dengan bayaran RM50.

Turut dilancar bersama pas My50 ialah pas My100 yang membolehkan pelanggannya menikmati semua perkhidmatan rel dan bas RapidKL termasuk MRT, LRT, Monorel, transit aliran bas BRT Sunway, bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had dalam tempoh 30 hari dengan hanya RM100.

Ditanya sama ada ia akan diperluas bagi perkhidmatan Rapid Ferry di Pulau Pinang, Antony Loke berkata, ia terserah kepada Prasarana untuk mengkaji kesesuaian dan mencadangkannya di dalam kertas kerja. – BERNAMA

Tags: MY50pas tanpa hadRapidPenang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terowong Baharu Jalan Tuanku Abdul Halim Ditutup

Next Post

PM Akan Hantar Surat Bantahan Ke Perancis, Norway

Related Posts

No Content Available
Next Post

PM Akan Hantar Surat Bantahan Ke Perancis, Norway

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd