• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muslim Mindanao Mengundi Referendum Bangsamoro

oleh
21/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Komuniti minoriti Islam di selatan Filipina mula mengundi hari ini dalam referendum autonomi, satu perkara sekian lama ditunggu bagi mengakhiri konflik yang sudah berlaku berdekad lamanya.

Hampir 2.8 juta penduduk di wilayah bergolak Mindanao diminta membuat pilihan sama ada bersetuju dengan rancangan dibuat kumpulan pemisah dan kerajaan untuk mewujudkan kerajaan sendiri dikenali sebagai Bangsamoro.

Keputusan majoriti dijangka memihak kepada usaha itu yang akan memberikan wilayah terbabit kuasa pemerintahan sendiri selepas sekian lama terbabit dalam pertumpahan darah hingga meragut lebih dari 120,000 nyawa, sekali gus meletakkan rantau itu sebagai antara kawasan termiskin di Asia.

Kerajaan pusat bagaimanapun akan terus mengawasi aspek keselamatan, pertahanan, dasar asing dan kewangan serta melantik pihak berkuasa dari kalangan pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang dilihat bakal mendominasi kerajaan baharu itu selepas pilihan raya pada 2022.

“Kami yakin jawapan Ya akan menjadi pilihan. Jika tiada sebarang manipulasi atau usaha menakutkan penduduk, ia akan menjadi satu kejayaan yang diterima ramai,” kata pengerusi MILF, Murad Ebrahim kepada CNN Filipina.

Ia akan menjadi satu lonjakan populariti dan amat diperlukan Presiden Rodrigo Duterte yang amat popular di kalangan rakyat.

Walaupun rancangan mewujudkan Bangsamoro adalah cetusan idea presiden terdahulu, Duterte selaku datuk bandar Davao City di Mindanao selama 22 tahun menerima kredit susulan usaha meyakinkan Kongres yang gagal dilakukan pemerintah sebelum ini.

Keputusan pengundian referendum itu dijangka diketahui Jumaat ini dan Duterte menggesa pengundi menyetujui rancangan itu untuk membuktikan kesungguhan mereka dalam mewujudkan keamanan, pembangunan dan kepimpinan setempat yang memahami keperluan masyarakat Islam. – Reuters

Tags: bangsamoroFilipinaMindanaoMuslim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jumlah Kematian Letupan Paip Minyak Meningkat 85

Next Post

BN Serah Polis Siasat Insiden Dikasari Timbalan Menteri

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

Next Post

BN Serah Polis Siasat Insiden Dikasari Timbalan Menteri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd