• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misil, Jet Israel Bedil Damsyik

oleh
22/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Sistem pertahanan udara Syria menembak jatuh sekurang-kurangnya 30 peluru berpandu dan bom kawalan tepat ketika serangan Israel terhadap beberapa sasaran sekitar Damsyik semalam.

Reuters melaporkan, agensi berita Russia, Interfax, yang memetik pusat kawasan pertahanan negara itu melaporkan serangan Israel mensasarkan lapangan terbang di selatan Damsyik.

Al Jazeera melaporkan, kenyataan tentera Israel berkata: “Kami menyerang sasaran Quds Iran di wilayah Syria.

“Kami sudah memberi amaran kepada tentera Syria mengenai cubaan serangan terhadap tentera Israel atau wilayahnya.”

Pasukan Quds ialah Pengawal Revolusi Iran yang beroperasi di luar negara dan Iran ialah penyokong kuat kerajaan rejim Presiden Bashar al-Assad dengan membekalkan senjata, kewangan serta tentera dalam peperangan di Syria.

Menurut Pemantau Hak Asasi Syria berpangkalan di Britain serangan itu menyebabkan 11 terbunuh, termasuk dua tentera Syria, jumlah korban terbesar sejak Mei tahun lalu.

“Serangan Israel mensasar kedudukan tentera Iran dan Syria di selatan Damsyik menyebabkan 11 terbunuh,” kata Pengarah pertubuhan pemantau itu, Rami Abdel Rahman.

Sasaran, termasuk depoh senjata yang dikatakan milik Hizbullah di Lubnan dan kumpulan bersenjata Iran.

Serangan udara dan peluru berpandu Israel mengenai beberapa sasaran sekitar Damsyik, termasuk lapangan terbang serta lapangan terbang tentera di Thaala.

Russia, kuasa besar yang menyokong Syria, menyatakan serangan Israel itu menyebabkan empat tentera Syria terbunuh dan enam lagi cedera.

Sementara itu, Reuters melaporkan pemerintah tentera udara Iran berkata, negara itu tidak sabar untuk memerangi dan memusnahkan Israel.

Menurut kenyataan di laman web Young Journalist Club yang ada kaitan dengan kerajaan Iran, Brigadiar Jeneral Aziz Nasirzadeh berkata, “Pemuda dalam tentera udara bersedia sepenuhnya, tidak sabar untuk memerangi rejim Zionis dan menghapuskannya dari muka bumi.” – Agensi

Tags: IsraelSyria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dirikan Papan Tanda Amaran Di Sungai, Kolam

Next Post

Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria FM

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

28/04/2025
0

AMSTERDAM: Israel bakal berdepan tuduhan melanggar undang-undang antarabangsa kerana enggan membenarkan bantuan memasuki Semenanjung Gaza. Ia berikutan apabila puluhan negara...

Next Post

Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria FM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd