• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Nafi Lulus AP Eksport Pasir Kepada Kroni

oleh
18/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar menafikan dakwaan beliau beri kelulusan permit (AP) eksport pasir sungai kepada empat buah syarikat milik kroninya secara rundingan terus.

Kata beliau, dakwaan itu tidak tepat kerana permohonan untuk mengeksport pasir perlu dinilai oleh jawatankuasa di kementeriannya terlebih dahulu.

“Syarikat juga perlu mendapatkan lesen mengorek pasir daripada kerajaan negeri sebelum boleh memohon permit K2 secara dalam talian untuk kebenaran eksport pasir.

“Jawatankuasa yang akan menilai permohonan itu sebelum dibawa kepada menteri untuk kelulusan,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Penyerahan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Kuala Sawah oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara kepada Indah Water Konsortium di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal berita mendakwa Xavier yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat memberi kelulusan khas AP eksport pasir yang sebelum ini dibekukan kepada empat syarikat yang ada kaitan dengan dirinya.

Surat memorandum yang tular berhubung perkara itu menunjukkan pemilik empat syarikat berkenaan telah bertemu dengan Xavier dan kelulusan itu dipersetujui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut, Xavier berkata, dakwaan perkara itu turut melibatkan Perdana Menteri juga tidak benar kerana tiada keperluan untuk Kabinet membincangkan perkara tersebut.

Beliau mengakui ada permintaan untuk mengeksport pasir, namun menasihatkan pihak terlibat supaya mematuhi Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) dan kajian hidrologi di kawasan yang akan dikorek.

“Kita juga ada persetujuan dengan Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kelulusan eksport akan dihentikan jika keperluan untuk pasir dalam negara meningkat,” katanya. – K! ONLINE

Tags: A. Xavier Jayakumarkroni
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Nafi Beri Projek Kepada Keluarga Masa Jadi PM Ke-4

10/10/2019
0

KUALA LUMPUR - “Jika kertas cadangan yang dikemukakan bagus, kerajaan akan sokong. Tidak semestinya mereka adalah menantu saya atau kaum...

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd