• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kekal Dengan Pendirian Tegas Terhadap Israel

oleh
16/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kabinet memutuskan Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah untuk sebarang program atau acara termasuk sukan yang membabitkan penyertaan warga negara Israel.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ia satu daripada dua keputusan penting yang dibuat Jemaah Menteri pada mesyuarat Kabinet berkaitan hubungan Malaysia dengan Israel, dua minggu lalu.

Katanya, turut diputuskan ialah wakil Israel tidak dibenarkan masuk ke negara ini untuk menghadiri sebarang acara sama ada bertaraf antarabangsa, sukan atau sebarang program lain.

“Sebelum pentadbiran kerajaan baharu, difahamkan ada tiga mesyuarat Kabinet yang buat keputusan penting tentang hubungan Malaysia dengan Israel.

“Bagi keputusan Kabinet dua minggu lalu, saya kira adalah pendirian paling tegas (membabitkan hubungan Malaysia dan Israel,” katanya pada sidang media selepas menerima memorandum daripada 43 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro pembebasan Palestin di sini hari ini.

Terdahulu, Saifuddin menerima memorandum yang diserahkan Pengerusi Boycott Divesment Sanctions (BDS) Malaysia, Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail yang menyatakan sokongan terhadap tindakan Kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini menegaskan kerajaan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung bermula 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Tindakan Malaysia tidak membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan itu yang mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel yang memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.

Ini memandangkan kejohanan itu dikatakan sebagai platform penting bagi kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Sementara itu Saifuddin berkata, hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura kekal baik biarpun terdapat beberapa isu dan pertikaian antara dua negara berjiran ini.

Beliau berkata, perbincangan berkaitan isu berbangkit termasuk pertikaian ruang udara dan perairan antara kedua negara masih berterusan dan berjalan dengan baik.

“Kita ada isu tertentu yang dibincangkan bersama rakan sejawatan di Singapura dan paling penting perbincangan itu masih berjalan dan saya yakin ia berada di landasan yang betul.

“Selain saya turut akan mengadakan perbincangan lanjut ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pengangkutan Anthony Loke; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dan Peguam Negara Tommy Thomas

“Kita akan menyegerakan rundingan namun pada masa sama tidak akan berkompromi berkaitan kepentingan milik kita serta kedaulatan negara. Perbincangan berterusan dijalankan kedua-dua negara dan itu yang paling penting,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan yang dilaporkan agensi berita Reuters kelmarin, yang dipetik sebagai berkata hubungan antara Malaysia-Singapura disifatkan berada pada tahap amat membimbangkan berikutan pertikaian ruang udara dan perairan antara kedua negara. – BH Online

Tags: IsraelSaifuddin Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

29/03/2026
0

RIYADH: Iran dilaporkan berjaya melancarkan serangan tepat menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Arab...

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

29/03/2026
0

Oleh Mynewshub Realiti Atau Perang Persepsi? Ketegangan di sempadan selatan Lubnan terus memuncak apabila kumpulan Hezbollah mendakwa telah berjaya memusnahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd