• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Belum Luluskan Pemberian AP Sisa Plastik

oleh
06/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masih belum meluluskan sebarang pemberian lesen import (AP) bagi sisa plastik kepada mana-mana syarikat sejak ia dibekukan pada Julai tahun lepas.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, walaupun sebelum ini pihaknya menetapkan pemberian AP sisa plastik dihentikan untuk tempoh tiga bulan, sehingga kini kelulusan masih belum diberikan bagi memastikan setiap prosedur baharu yang ditetapkan KPKT dipatuhi pihak industri.

“Sebelum ini, terdapat 114 syarikat mempunyai AP sisa plastik, namun hanya 54 syarikat yang aktif dan daripada jumlah itu hanya lapan betul-betul mematuhi syarat ditetapkan. Sekarang semuanya kena mohon semula AP ikut prosedur dan syarat-syarat baharu.

“Selepas dibekukan dan permohonan untuk AP dibuka semula, hanya 19 syarikat memohon dan pihak saya akan meneliti betul-betul sama ada 19 syarikat ini layak diberi AP sisa plastik itu,” katanya kepada pemberita selepas menyerbu sebuah kilang haram didakwa mengitar semula sisa plastik di Kawasan Perindustrian Sungai Petani di sini malam ini.

Beliau berkata, bagi pemilik kilang kitar semula sisa plastik yang beroperasi secara haram pada masa ini. Pihaknya memberi peluang kepada mereka untuk segera membuat permohonan AP, namun operasi mereka harus dihentikan segera sehingga mendapat lesen. – BERNAMA

Tags: lesen importsisa plastik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UK Ambil Balik 42 Kontena Sisa Plastik Dari Malaysia

25/11/2019
0

PETALING JAYA - United Kingdom bersetuju mengambil semula 42 kontena berisi sisa plastik yang dihantar secara haram ke Malaysia sebelum...

Jangan Beri Peluang Kedua Pihak Salah Guna AP

08/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang menyalahgunakan Lesen Import (AP) tidak seharusnya diberi peluang kedua dan lesen mereka perlu ditarik balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd