• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konon Bela Melayu, Tapi Hina Sekolah Kebangsaan…

oleh
03/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINDIR… Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi membidas ‘parti bunga’ PPBM yang kononnya akan menggantikan UMNO untuk membela Agenda Melayu.

Justeru ujarnya, PPBM memang tidak boleh diharap untuk membela Agenda Melayu seperti yang mereka gembar-gemburkan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti tersebut di Putrajaya baru-baru ini.

“Bayangkan Tun M (Dr. Mahathir Mohamad) yang juga Pengerusi PPBM dan PH (Pakatan Harapan) sendiri sebelum itu pernah memperkecilkan peranan SK (sekolah kebangsaan) sudah jadi pula sebagai sekolah agama.

“Dengar balik rakaman video beliau. Jelas dia mendakwa di SK kononnya subjek agama diajar empat period (waktu) sehari, hakikatnya enam period seminggu. Fakta ini pun dia boleh salah,” katanya menerusi laman Facebooknya.

Malahan soal beliau, apakah sejak sekian lama Tun M mahu mengatakan bahawa konon SK hanya berjaya dalam melahirkan pelajar yang mundur, ibarat katak duduk bawah tempurung dan hanya layak menjadi Pak Lebai?

“Lupakah dia, Dr. Sheikh Muzaffar yang beliau hantar menjadi angkasawan itu pernah belajar di SK. Berapa ramai pula lepasan SK yang sambung belajar di pusat pengajian tinggi terbai top ten di dunia dan Ivy League university.

“Berapa ramai menjadi CEO (ketua pegawai eksekutif) dan pegawai tinggi kerajaan. Semua menteri PH cuma tutup mulut. Kenapa?” soal Puad lagi dalam nada kesal terhadap penghinaan Mahathir terhadap bekas pelajar SK.

Ketika ucaptama PAT lalu, Mahathir dengan angkuh dilapor menyatakan bahawa UMNO sudah rosak dan konon parti itu telah tidak mampu lagi bantu orang Melayu kerana telah tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Lantas beliau mendakwa kononnya UMNO tidak lagi mempunyai kuasa memerintah di negara ini dan PPBM yang tidak miliki banyak kerusi dalam blok PH, sebaliknya mampu mengantikan UMNO sebagai parti orang Melayu.

Terdahulu pada 21 Disember lalu, Mahathir dilaporkan berkata SK sudah menjadi sekolah agama kerana sesi pembelajaran hanya fokuskan kepada subjek agama Islam dan tidak pada subjek lain.

Justeru hasilnya, pelajar SK didakwa Mahathir konon tidak berapa mahir dalam subjek-subjek yang akan bantu mereka dalam mendapatkan kerja, tetapi mereka hanya sekadar layak menjadi ulama. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Puad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

29/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Kes saman difailkan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung kenyataan yang didakwa...

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

28/01/2023
0

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mendakwa Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein terpaksa digantung keahlian kerana memainkan peranan utama mengumpulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd