• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Timbang Larang Merokok Di IPTA, IPTS

oleh
09/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sedang menimbang kemungkinan meluaskan lagi kawasan larangan merokok sehingga meliputi ke kawasan institusi-institusi pengajian tinggi seperti sekolah-sekolah swasta dan awam, serta universiti tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, rancangan itu sedang ditimbangkan selaras dengan fokus kementerian untuk melindungi hak kalangan mereka yang tidak menghisap rokok, yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada penduduk negara.

“Agenda kementerian kesihatan adalah untuk memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan persekitaran yang sihat buat kalangan bukan perokok. Mereka yang merokok boleh meneruskan tabiat mereka, tapi mereka perlu menghormati hak bukan perokok,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) Industry Fact Book: 2018 Edition oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di sini hari ini.

Sebelum ini perintah larangan merokok dikuat kuasa di bangunan Parlimen, diikuti premis menjual makanan mulai tahun ini, di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, dan selepas itu pihak kementerian dikatakan turut sedang menimbang kemungkinan menguatkuasa larangan berkenaan di kedai-kedai dobi dan hotel.

Dalam tempoh enam bulan pelaksanaan larangan merokok di premis-premis menjual makanan, penguatkuasa kementerian kesihatan tidak akan mengenakan kompaun, hanya mengeluarkan surat-surat amaran, dan selepas tempoh itu sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM10,000, atau dipenjara sehingga dua tahun.

Sementara itu Presiden PhAMA, Chin Keat Chyuan dalam ucapannya berkata, edisi kedua buku mengenai industri PhAMA itu menyediakan maklumat lengkap mengenai lanskap semasa industri farmaseutikal negara, maklumat mengenai pertubuhan, di samping syarikat-syarikat individu, serta usaha mereka dalam menangani trend terkini berkaitan kesihatan dan cabaran-cabaran yang dihadapi Malaysia. – BERNAMA

Tags: IPTAiptsLarangan Merokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya

KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya

19/10/2024
0

MANJUNG - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan baharu kadar yuran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada kumpulan...

Kelantan Sedia Bas Untuk Pelajar Pulang Mengundi

Kelantan Sedia Bas Untuk Pelajar Pulang Mengundi

06/07/2023
0

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membuat ketetapan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd