• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah Penjawat Awam Di Pulau Pinang Membimbangkan

oleh
08/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jumlah kes rasuah membabitkan penjawat awam di Pulau Pinang membimbangkan dengan 10 kesalahan direkodkan setiap bulan sepanjang tahun lepas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus berkata, berikutan itu, pihaknya akan terus berusaha meningkatkan tahap kesedaran untuk memastikan statistik penjawat awam di Pulau Pinang yang terlibat dalam gejala rasuah dan salah guna kuasa dapat dibendung pada masa depan.

“Berdasarkan statistik kesalahan rasuah di Pulau Pinang pada tahun lepas, 115 kes direkodkan membabitkan kesalahan terima rasuah, tuntutan palsu, menyalahgunakan jawatan atau kedudukan dan pelbagai lagi, ia jumlah yang membimbangkan.

“Manakala bagi kesalahan tatatertib, sebanyak 44 kes membabitkan kesalahan tidak hadir bertugas, lewat ke pejabat, tidak mengetip kad perakam waktu, pengambilan dadah dan mengemukakan sijil sakit palsu di rekodkan tahun lepas,” katanya semasa berucap sempena Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di sini hari ini.

Katanya, beliau berharap kes-kes rasuah, salah guna kuasa dan perlanggaran peraturan tatatertib dapat dikurangkan sehingga 40 peratus pada tahun ini dan ketua-ketua jabatan di minta agar menyelaraskan semua proses serta prosedur kerja agar lebih telus dan lebih cekap untuk dilaksanakan.

Farizan berkata, pencegahan awal juga perlu dilakukan iaitu dengan mengkaji semula prosedur operasi standard sedia ada setiap tugasan supaya dihapuskan ruang untuk penjawat awam melakukan kesalahan salah guna kuasa atau rasuah.

Katanya, kewujudan sistem dan prosedur yang mantap serta menghapuskan atau mengurangkan ‘red tape’ serta mempercepatkan penyampaian perkhidmatan juga boleh mengelak berlakunya rasuah.

“Saya akan terus bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengesan, mencari dan menangkap penjawat-penjawat awam yang melakukan kesalahan rasuah dalam memastikan penjawat awam Pulau Pinang bersih daripada gejala berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pulau Pinangrasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Perempuan Cedera Parah Terjatuh Tingkat Empat

Next Post

Restoran Eksploit Ayat Al-Quran Diserbu JAIS

Related Posts

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

Restoran Eksploit Ayat Al-Quran Diserbu JAIS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd