• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat Putuskan Badan Bayi Ketika Lahir…

oleh
17/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA jururawat lelaki di sebuah pusat kesihatan komuniti di Ramgarh, daerah Jaisalmer, Rajasthan bertindak menarik keluar bayi yang sedang dilahirkan dengan sangat kuat sehingga terputus dua.

Bedah siasat mendedahkan kaki bayi itu juga patah dan hatinya pecah kerana disambut oleh jururawat tidak terlatih.

Tidak cukup dengan itu, kedua-dua lelaki itu juga bertindak menyimpan bahagian bawah janin di rumah mayat hospital sebelum meminta ahli keluarga wanita itu membawanya ke Hospital Kerajaan Jawahar di Jaisalmer.

Dr. Surendra Duggar, yang menjalankan bedah siasat tersebut pada Jumaat berkata dia menemui sebahagian daripada janin tersebut dalam tiga bahagian iaitu kepala, batang tubuh dan plasenta (uri).

“Untuk mengeluarkan bayi itu semasa kelahiran, kakitangan kejururawatan menariknya dengan sangat kuat yang bukan hanya menyebabkan ia terputus dua bahagian tetapi juga menyebabkan beberapa tulang kaki patah dan hati pecah.

“Kami juga telah melakukan ujian paru-paru yang menunjukkan bahawa bayi itu telah mati,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Duggar berkata dia tidak dapat menentukan punca kematian.

“Ia mungkin disebabkan oleh tarikan kuat oleh kakitangan kejururawatan atau sebarang sebab lain yang boleh dipastikan dengan laporan sonografi sebelum kelahiran,” katanya.

Dr. Duggar berkata dia telah menyerahkan laporan bedah siasat kepada polis.

Ketika wanita berkenaan, Dikhsha Kanwar, dibawa ke Hospital Kerajaan Jawahar, kakitangan pusat kesihatan Ramgarh memaklumkan kepada doktor di sana bahawa mereka telah selesai menyambut kelahiran bayi tetapi masih terdapat plasenta tertinggal di dalam rahim wanita itu.

Pakar sakit puan di Hospital Kerajaan Jawahar, Dr. Ravindra Sankhla berkata dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena semasa cuba mengeluarkan plasenta itu.

Katanya, selepas menstabilkan wanita itu, mereka merujuknya ke Hospital Ummed di Jodhpur’ yang mana Kanwar ketika itu sedang berjuang untuk hidup.

Pegawai perubatan utama di Hospital Kerajaan Jawahar, Dr. Usha Duggad berkata ini adalah kes yang paling pelik pernah ditemui dalam kerjayanya selama 30 tahun.

“Agak luar biasa apabila jururawat menarik bayi begitu kuat sehingga badannya terputus dua dan banyak tulang patah.

“Mereka sepatutnya mengelak menggunakan kekerasan apabila bayi itu tersekat dalam rahim,” kata pakar sakit puan itu sambil menambah mereka sepatutnya menghantar wanita itu ke hospital yang lebih baik untuk menangani kes tersebut.

Suami kepada wanita berkenaan pula mendakwa dua jururawat itu menyambut kelahiran bayinya dalam keadaan mabuk.

Menurut ketua pegawai perubatan dan kesihatan di Jaisalmer Dr. BL Bunkar, Amritlal dan Junjhar Singh yang terlibat dalam proses kelahiran bayi itu tidak dilatih sebagai pembantu kelahiran.

Menurut norma kerajaan, hanya pekerja kelahiran yang mahir sahaja yang boleh menyambut kelahiran bayi.

“Seorang petugas kelahiran dan seorang doktor yang mahir ada di hospital Ramgarh tetapi mereka tidak memaklumkan kepadanya dan melakukannya sendiri,” kata Dr. Bunkar. – HindustanTimes

Tags: bayiIndiajururawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd