• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Tutup Taman Komodo Selama Setahun

oleh
24/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULIHARA… Pihak berkuasa Indonesia bakal tutup sementara Taman Nasional Komodo di wilayah Nusa Tenggara Timur kepada para pengunjungnya selama setahun, lapor media tempatan.

Usaha tersebut bagi kekalkan tempat pemuliharaan biawak Komodo serta tampung rancangan untuk perkenalkan semula rusa, iaitu haiwan sumber makanan utama reptilia gergasi berkenaan, di kawasan pulau terbabit.

Menurut IDN Times, kawasan kediaman Komodo di Daerah Manggarai Barat dikesan berkurangan ekoran bilangan rusa yang merosot. Saiz biawak itu juga semakin mengecil akibat kurang sumber makanan haiwan mamalia itu.

Selain itu, usaha pemuliharaan Komodo perlu dijalankan bagi cegah biawak ini daripada baham pula biawak yang lain akibat kebuluran teruk di kawasan taman negara seluas 1,733 kilometer persegi, lapor media republik tersebut.

Setakat ini, media tempatan difahamkan bahawa tiada tarikh penutupan yang tetap diumumkan terhadap taman berkenaan yang dibuka pada tahun 1980 dengan merangkumi sejumlah tiga buah pulau besar dan 26 pulau kecil.

Tahun lalu, Taman Negara Komodo menarik sekitar 170,000 pengunjung. Ia diuruskan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia serta diiktiraf tapak warisan dunia UNESCO sejak 1990. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Biawakkomodo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Biawak 30kg Gemparkan Mahkamah

02/10/2018
0

KECOH... Kehadiran seekor biawak seberat kira-kira 30 kilogram dalam longkang berhampiran kawasan tempat letak kereta Mahkamah Butterworth, telah mengejutkan pengunjung...

KPDNHEP Selangor Serbu Restoran ‘Mamak’ Siang Biawak

29/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu pasukan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah restoran yang didakwa menyamar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd