• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang Kerajaan Pahang Cuma RM760 Juta

oleh
24/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAHIH… Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah sebenar hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2018 hanyalah RM760 juta.

Ini bermakna angka RM3.178 bilion seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya sebagai hutang kerajaan negeri itu kelmarin adalah langsung tidak tepat.

“Ada tiga perkara jangan lupa, semasa banjir besar di Pahang pada 2014, kita telah belanja RM40 juta yang mana Kerajaan Persekutuan minta kita (kerajaan negeri) dahulukan, sehingga kini duit itu belum dapat lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadiri satu mesyuarat bersama-sama jentera Barisan Nasional di Sungai Koyan, di Lipis sempena dengan persiapan Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri juga terpaksa membelanjakan RM200 juta bagi penganjuran Sukan Malaysia apabila Pahang jadi tuan rumah pada 2012 yang mana jumlah itu juga belum dibayar oleh kerajaan persekutuan.

Selain itu, kata beliau lagi, kerajaan Pahang juga terpaksa membelanjakan RM2.2 bilion terlebih dahulu bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan bekalan air di seluruh  negeri tersebut.

“Pembaikan air itu kita tidak ada pilihan tetapi terpaksa kita perbaiki. Namun apabila berlaku penstrukturan bekalan air seluruh negara nanti, ia akan terlupus dan tidak lagi menjadi hutang kerajaan negeri.

“Saya harap Guan Eng jangan cuba kelirukan rakyat Pahang. Dia kena cerita fakta sebenarnya,” kata Wan Rosdy dalam nada kesal terhadap dakwaan liar Setiausaha Agung DAP tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Wan Rosdy Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilihan UMNO: Dua Calon Naib Presiden Dahului Saingan

Pemilihan UMNO: Dua Calon Naib Presiden Dahului Saingan

18/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Dua calon Naib Presiden UMNO mendahului saingan merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu, petang ini. Ikuti...

Tiada Permohonan PDF Daripada Lynas – MB Pahang

19/08/2019
0

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat sekiranya ada permohonan daripada syarikat memproses nadir bumi Lynas Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd