• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Great Eastern Sumbang RM2 Bilion Skim mySalam

oleh
24/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) yang menyediakan perlindungan takaful kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).

Melalui mySalam, katanya, kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membantu golongan B40 menangani kesulitan kewangan yang timbul akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang tidak diduga.

Mahathir ketika melancarkan skim itu di Kementerian Kewangan berkata kerajaan menjangkakan seramai 3.69 juta rakyat yang berumur 18 sehingga 55 tahun layak menerima manfaat daripada skim itu.

Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan Pakatan Harapan merasai keperitan yang ditanggung oleh rakyat yang hilang mata pencarian akibat sakit atau kemalangan.

“Bagi golongan B40, terutamanya mereka yang bekerja sendiri atau memperoleh gaji harian, tuntutan takaful yang diterima daripada skim mySalam ini boleh memberi kelegaan sementara bagi membantu mengekalkan keperluan hidup dan perbelanjaan harian, sementara menjalani rawatan perubatan yang diperlukan,” katanya.

Mahathir berkata skim mySalam diperkenalkan dengan sumbangan permulaan sebanyak RM2 bilion daripada syarikat insurans dan takaful Great Eastern.

Baca: Skim Insurans B40: UMNO Dakwa LGE Tipu Rakyat?

Beliau berkata skim itu juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman dalam kalangan B40 mengenai perlindungan insurans dan takaful.

“Skim mySalam yang diperkenalkan oleh kerajaan ini merupakan satu langkah yang signifikan untuk merangka sebuah dasar pembangunan kewangan yang lebih inklusif di Malaysia,” katanya.

Mahathir berkata walaupun beban kewangan yang diwarisi adalah besar dan berat, namun ia tidak akan menjadi halangan untuk kerajaan memperkenalkan program-program mesra rakyat seperti skim mySalam.

“Walaupun kelihatan berdikit dan agak hati-hati di dalam melaksanakan program-program ini, kerajaan akan memastikan usaha tersebut mencapai golongan sasaran dan mereka yang memerlukan akan menerimanya.

“Kita akan berusaha sedaya upaya untuk menjana dana untuk meringankan beban rakyat jelata dan untuk mencapai matlamat itu, kita turut mengambil langkah-langkah inovatif dan alternatif. Usaha ini telah membuahkan hasil untuk membantu rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Great Easternskim mySalam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

M40 Boleh Mohon MySalam Sebelum 31 Mac

11/02/2020
0

PUTRAJAYA - Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun kini boleh mendaftar skim Perlindungan...

Skim MySalam Dan PeKa B40 Diperluas

11/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Skim perlindungan MySalam akan diperluaskan mulai 1 Januari 2020 kepada tiga kategori antaranya ke atas 45 penyakit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd