• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Altantuya Dengan Razak Sah Palsu – Sepupu

oleh
27/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEDAH… Sepupu Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam bahawa gambar wanita Mongolia yang dibunuh itu, bersama penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan seorang timbalan perdana menteri yang dikemukakan di mahkamah adalah palsu.

Burmaa Oyunchimeg, 37 tahun, berkata gambar yang memaparkan wanita itu bersama dua lelaki berkenaan dihasilkan melalui teknik photoshop dan palsu.

“Ia teknik photoshop yang teruk dan palsu sama sekali,” katanya semasa Peguam Kanan Persekutuan Jasmee Hameeza Jaafar, yang mewakili kerajaan Malaysia, merujuk gambar tiga individu itu kepadanya.

Burmaa, bagaimanapun berkata beliau pernah melihat gambar sebenar Altantuya duduk bersama dua lelaki yang diambil di Paris, Perancis pada 2005 dan mereka tersenyum melihat kamera.

“Altantuya telah menunjukkan gambar asal bersama ratusan gambar lain dalam satu album kepada saya termasuk gambar Altantuya dengan Abdul Razak dalam sebuah Ferrari apabila kami (Burma dan Altantuya) berada di Ulan Bator, Mongolia,” katanya pada perbicaraan saman RM100 juta yang difailkan keluarga Altantuya terhadap dua bekas anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, Abdul Razak serta kerajaan Malaysia.

Wanita itu berkata gambar asal tiada dalam simpanannya dan dia juga tidak tahu apa yang terjadi pada gambar berkenaan.

“Apa yang saya tahu, ‘Mr. Ang’ (penyiasat persendirian yang diupah Altantuya) memberitahu saya yang dia nampak gambar itu dalam simpanan Altantuya,” katanya.

Apabila dicadangkan oleh Jasmee Hameeza bahawa saksi tidak boleh mengemukakan gambar asal yang ditunjukkan kepadanya oleh Altantuya kerana gambar itu sebenarnya tidak pernah wujud, Burmaa berkata: “Tidak, saya tidak setuju.”

Burmaa juga memberitahu mahkamah bahawa Altantuya mengupah ‘Ang’ untuk mencari Abdul Razak.

Saksi pertama bagi plaintif itu berkata Altantuya memberitahunya yang beliau meminta ‘Ang’ mencari Abdul Razak selepas gagal menghubunginya.

Semasa disoal peguam Manjeet Singh Dhillon, yang mewakili Abdul Razak, sama ada anak guamnya pernah memberitahunya apa-apa yang beliau tidak boleh bertemu Altantuya.

Burmaa berkata: “Ya, Razak Baginda menghantar pesanan kepada saya dan memberitahu yang dia tidak boleh berjumpa Altantuya.”

Manjeet: Kamu tidak membalas pesanan Razak Baginda?
Burmaa: Ya.
Manjeet: Adakah kamu menyampaikan pesanan itu kepada Altantuya?
Burmaa: Ya.

Burmaa berkata beliau juga bertanyakan soal itu kepada Altantuya dan Altantuya memaklumkan ada masalah kecil dan memintanya supaya tidak membalas pesanan Razak.

Pada 4 Jun, 2007, keluarga Altantuya iaitu bapanya, Dr. Shaariibuu Setev dan isteri, Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelaki mereka, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman sivil RM100 juta terhadap dua bekas anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, serta Abdul Razak dan kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga kemudian dikeluarkan daripada senarai sebagai plaintif selepas meninggal dunia dua tahun lepas.

Dalam pernyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa kematian Altantuya menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi yang melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.

Perbicaraan di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera bersambung esok dan akan mendengar keterangan Dr. Shaariibuu.  – BERNAMA

Tags: Abdul Razak BagindaAltantuya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

29/08/2024
0

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2...

Permohonan Azilah Semak Semula Hukuman Mati Didengar 20 April

17/12/2019
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan 20 April tahun depan untuk mendengar permohonan bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd