• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Upin & Ipin Dalam 3D Bakal Ditayang

oleh
09/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas 10 tahun mencipta fenomena menerbitkan filem animasi 3D pertama negara berjudul ‘Geng: Pengembaraan Bermula’, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. kembali dengan filem animasi 3D ‘Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal’ (UIKST) yang bakal disiarkan di pawagam Malaysia bermula 21 Mac ini.

Ambil masa lima tahun untuk penyelidikan dan penghasilan teknikal yang setanding filem animasi antarabangsa, UIKST dijangka dapat melonjakkan mutu industri animasi tempatan setanding karya-karya besar di luar negara.

Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi berkata UIKST yang menelan belanja hampir RM20 juta dengan menggunakan sepenuhnya kepakaran anak tempatan.

“Ia mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan kerana Les’ Copaque mahu meningkatkan tahap teknikal kumpulan produksi. Selain itu, team produksi kita juga banyak mempelajari kemahiran teknikal.

“Ini dengan gunakan teknologi dari Hong Kong untuk hasil animasi lebih hidup dari segi warna dan pergerakan animasi,” kata Burhanuddin di Majlis Pelancaran Poster dan Trailer UIKST di GSC Movies Mid Valley di ibu negara.

UIKST dapat sentuhan tiga pengarah muda – Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim – yang berpengalaman menghasilkan siri animasi terbitan Les’ Copaque iaitu siri Upin dan Ipin, Pada Zaman Dahulu dan Puteri.

Ahmad Razuri berkata gabungan itu bertujuan menonjolkan kelainan berbanding siri animasi yang pernah diterbitkan Les’ Copaque.

“Setiap pengarah memberikan penekanan terhadap elemen-elemen berbeza mengikut kepakaran masing-masing seperti elemen emosi, aksi dan juga perkembangan watak,” katanya.

UIKST berkisar tentang pengembaraan Upin dan Ipin ke sebuah kerajaan Inderaloka selepas menemui sebilah keris Melayu dalam bilik stor milik Tok Dalang bernama Keris Siamang Tunggal.

Pengembaraan tersebut membawa kembar comel dan nakal itu bertemu pelbagai watak dongeng popular tempatan antaranya Mat Jenin, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan Pak Belalang.

Filem itu juga bakal ditayangkan di Indonesia, Brunei dan Singapura. – BERNAMA

Tags: Upin & Ipin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH Bakal Naik Tarif Air Di Seluruh Negara

Next Post

Najib Jawab Tohmahan Jahat WSJ

Related Posts

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Tersenarai Calon Oscar 2020

18/10/2019
0

FILEM animasi popular tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les' Copaque Production melakar sejarah apabila disenaraikan bersama 32...

Upin & Ipin Menang Filem Cetera Terbaik Di Kanada

13/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Produk tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mencipta sejarah apabila diangkat sebagai pemenang anugerah Filem Cetera Terbaik Festival Filem...

Next Post

Najib Jawab Tohmahan Jahat WSJ

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd