• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dron Makhluk Asing Berlegar-Legar Atas Kereta Polis?

oleh
23/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEGAWAI polis Sepanyol sedang mengambil gambar kenderaan mereka ketika cahaya daripada siren menunjukkan sesuatu yang luar biasa berlaku.

Terawang-awang di atas kereta, objek seperti dron kecil itu seolah-olah sedang mengintai dan memantau keadaan sekeliling.

Ahli teori konspirasi membuat kesimpulan bahawa objek yang terbang itu berasal dari luar angkasa.

Objek terbang tidak dikenal pasti atau UFO itu nampak seperti warna biru dan kemudian turut dilihat jelas dalam gambar kedua.

Ia seolah-olah mengesahkan kehadirannya dan bukannya sekadar satu refleksi pada lensa kamera.

Bagaimanapun, peminat makhluk asing mengatakan bahawa ia adalah peranti pemantauan yang dihantar oleh makhluk luar angkasa dan tiada makhluk asing di dalamnya.

Menurut ahli teori konspirasi, atmosfera bumi mungkin boleh menyebabkan makhluk dari planet lain mati.

Pemburu alien terkenal, Scott C Waring menulis di blognya UFO Sightings Daily: “Di sini adalah UFO yang melayang di atas kereta polis di Sepanyol minggu ini.

“UFO itu bersembunyi tetapi dapat dilihat kerana sinaran lampu biru kenderaan polis yang berkerdip.

“UFO tersebut kelihatan kecil, kira-kira berukuran 0.5 hingga 1 meter.

“Saiznya yang sangat kecil membuat saya berfikir bahawa mungkin ia adalah dron makhluk asing, memandangkan planet kita tidak dapat didiami oleh semua jenis makhluk asing di luar sana.

“Atmosfera kita mungkin toksik dan berbahaya kepada beberapa spesies.

“UFO itu yang meninjau polis dan merekodkan aktiviti mereka juga satu hakikat yang luar biasa.” – Express UK

Tags: makhluk asingUFO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar UFO Didakwa Dirakam Di Scotland

Gambar UFO Didakwa Dirakam Di Scotland

10/03/2023
0

LONDON : Seorang pakar UFO mendakwa berjaya menyelesaikan salah satu misteri makhluk asing terbesar dalam sejarah United Kingdom (UK) selama...

Lelaki Kesan Lokasi UFO Terhempas Di Antartika

27/12/2021
0

WASHINGTON – Seorang lelaki yang menggelar dirinya pakar makhluk asing mendakwa berjaya mengesan sebuah objek misteri seperti cakera di dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd