• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Meriah Rasmi Sekolah Cina Macam Ada Di China

oleh
09/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HEBAT… Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad kutuk sekolah kebangsaan kerana kononnya macam sekolah Islam tanpa imej perpaduan kaum, sekolah Cina pula terus dapat layanan istimewa DAP.

Terbaharu tular menerusi media sosial tempatan dengan ramai netizen kongsi gambar-gambar kemeriahan majlis perasmian bangunan tambahan sebuah sekolah Cina di ibu negara yang jauh lebih hebat daripada sekolah kerajaan.

Berdasarkan keterangan menerusi akaun sosial Facebook Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, ia merupakan Sekolah Tinggi Persendirian Cina Chong Hwa di Setapak, Kuala Lumpur.

Sekolah Cina antara tertua di Malaysia yang terletak di Jalan St. Thomas, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh itu amat popular dalam kalangan kaum Cina di ibu kota sehingga jumlah kelasnya sahaja cecah 96 buah dengan lebih 5,000 pelajar.

Bayangkan bilangan kakitangan bukan akademiknya hampir 400 orang dan guru pula 279 orang. Diasaskan pada 21 Mac 1919, sekolah ini lakar sejarah tahun lalu apabila Cheong Moey Lian dilantik sebagai pengetua wanita pertama.

Dengan rekod 100 peratus pelajar lulus semua peperiksaan kerajaan, ia juga ada 10 blok bangunan serta arena sukan meliputi lima gelanggang bola kerajang, tiga (bola tampar), enam (badminton), satu (futsal/tenis) dan trek balapan.

Namun, bukan itu dipertikaikan netizen sebaliknya bagaimana sambutan kemeriahan acara perasmian bangunan baharu yang setinggi 14 tingkat oleh lima pemimpin DAP ini seolah-olah berada dalam satu program di China pula.

Cuba tengok dengan teliti gambar-gambar dikongsi netizen apabila jelas semua sepanduk digantung hanya tertera ayat dalam tulisan Cina tanpa ada dalam bahasa Melayu apatah lagi bendera Jalur Gemilang yang dikibar megah.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching serta turut dihadiri Duta Khas Malaysia ke China merangkap Ahli Parlimen (AP) Cheras, Tan Kok Wai; AP Kepong, Lim Lip Eng dan AP Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Menariknya, Hannah yang juga AP Segambut bersama-sama pemimpin DAP yang lain pada majlis itu dilaporkan sanggup setiap seorang berikrar akan hulur derma peribadi sebanyak RM10,000 terhadap pihak sekolah tersebut.

Ketika berucap, Nie Ching mengesahkan 60 buah sekolah menengah persendirian Cina di seluruh negara bakal terima geran khas kerajaan berjumlah RM12 juta atau RM200,000 bagi setiap sekolah terbabit pada minggu depan.

“Kita telah kumpul butiran akaun bank semua sekolah ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan beri dana itu yang diumumkan beliau sendiri pada Belanjawan 2019 di Kolej Universiti New Era, Kajang, Selangor,” jelasnya.

Untuk rekod, ketika bentang belanjawan tersebut di Dewan Rakyat pada 2 November tahun lalu, Setiausaha Agung DAP itu hanya umum RM50 juta untuk bantu sekolah agama persendirian dan RM250 juta untuk sekolah kerajaan.

Ini bermakna, dengan 618 buah sekolah agama persendirian, secara purata setiap sebuah cuma terima RM80,000 sahaja manakala bagi sekolah kerajaan yang berjumlah lebih 9,000 buah, setiap sebuah sekadar dapat RM27,778.

Jumlah pemberian yang amat tidak seimbang itu turut dikritik teruk oleh netizen tempatan seolah-olah kerajaan Pakatan Harapan lebih utamakan sekolah Cina dan pinggirkan sekolah aliran lain di negara ini. – Mynewshub.TV

*Video ini sekadar hiasan…

Tags: DAPsekolah cina
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pusat Hiburan Dibenarkan Beroperasi Ikut Lesen

Next Post

Konsert Jelajah Malaysia Maher Zain Pada Mac

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Konsert Jelajah Malaysia Maher Zain Pada Mac

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd