• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Bebas Bawa Cangkul Kejutkan Pengundi

oleh
17/01/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARA peniaga di sekitar Kea Farm di Tanah Rata ‘dikejutkan’ dengan kelibat seorang lelaki bertopi mengkuang memegang cangkul dan menyapa orang ramai.

Bergerak aktif bagaikan lipas kudung dengan tubuh badan kurus, lelaki itu lincah menyantuni peniaga dan sempat bergelak ketawa dengan mereka, namun cangkul itu tidak dilepaskan daripada genggamannya.

Namun, cangkul itu bukanlah cangkul sebenar tetapi replika cangkul yang dihasilkan menggunakan kadbod sahaja. Kecil tapi unik, cangkul yang digunakan oleh calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands Wong Seng Yee sebagai bahan kempen yang penuh bermakna.

Wong ketika ditemui selepas menyantuni masyarakat di Kea Farm berkata idea replika cangkul diutarakan pengurus kempennya yang berpendapat imej cangkul sinonim dengan kehidupan penduduk di Tanah Rata.

“Ada penduduk yang saya temui rasa hiba dan emosi apabila melihat replika ini, mereka berkata cangkul ialah sumber pendapatan mereka meneruskan kelangsungan hidup dengan hasil cucuk tanam.

“Bawa replika senang, kalau cangkul sebenar kurang sesuai, mungkin orang pun akan lari kalau tengok saya. Tapi saya rasa boleh mendekati golongan petani dan peniaga dengan mudah dengan cangkul ini,” katanya berseloroh.

Bernama mendapati Wong mudah mesra dengan peniaga Cina di sekitar Kea Farm, mungkin faktor kaum, namun difahamkan beliau juga merupakan menantu kepada seorang wanita bernama Choi Yen yang pernah berniaga di kawasan Kea Farm.

Peniaga wanita Wong Siew Eng, 50, yang berniaga buah-buahan sejak 20 tahun lalu berkata Wong merupakan kenalannya dari dulu lagi.

“Saya kenal dia sudah lama, keluarga pun saya kenal, jadi dia bukan orang lain lagi mah…,” katanya dengan loghat pekat Cina.

Wong tidak kisah siapa yang akan memenangi kerusi itu namun mahukan individu yang boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Kalau boleh, cantikkan kawasan peniaga di Kea Farm, besarkan lagi gerai kami, tempat letak kereta yang lebih luas juga perlu sebab sangat sesak setiap hari minggu,” katanya.

PRK itu yang diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi parlimen itu, terbatal dan tidak sah, menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan dan BN serta dua calon bebas.

Selain Wong yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains Hortikultur Universiti Nebraska-Lincoln Amerika, calon-calon lain ialah Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran, 60, mewakili PH; bekas pesara Polis Diraja Malaysia Ramli Mohd Nor, 61, mewakili Barisan Nasional; dan bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61.

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam pertandingan lima penjuru dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran yang meraih 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS/3,587 undi); Mohd Tahir Kassim (Berjasa/81 undi); dan B. Suresh Kumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM/ 680 undi). – BERNAMA

Tags: Calon BebasPRK Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayi Ajaib Lahir Lewat 17 Hari Lepas Kematian Kembar

Next Post

Gempa 5.7 Magnitud Gegar Barat Laut Aceh

Related Posts

Ketua UMNO Bentong Nafi Taja Calon Bebas

Ketua UMNO Bentong Nafi Taja Calon Bebas

24/09/2023
0

PRK PELANGAI | Pemangku Ketua Umno Bentong, Mohamad Zaini Salleh, mendakwa dia tidak pernah menaja calon Haslihelmy DM Zulhasli untuk...

Keluar DAP, David Bertanding Calon Bebas Di DUN Prai

Keluar DAP, David Bertanding Calon Bebas Di DUN Prai

27/07/2023
0

BUTTERWORTH: Bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel, yang keluar daripada parti itu berkuat kuasa semalam, mengumumkan akan bertanding...

Next Post

Gempa 5.7 Magnitud Gegar Barat Laut Aceh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd