• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Jana Rezeki Buka Kedai Gunting Rambut

oleh
01/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA cakap tentang anggota bomba, pasti terlintas di fikiran mengenai kemahiran dan ketangkasan mereka ketika operasi termasuk usaha pemadaman kebakaran atau menyelamatkan mangsa.

Namun bagi Mohd. Saifulizam Mohd. Salleh, beliau yang sudah 23 tahun berkhidmat sebagai anggota bomba di Johor Bahru, Johor, juga berbakat dalam bidang gunting rambut.

Kelebihannya itu digunakan sepenuhnya dengan buka kedai gunting miliknya pada Mei 2017 yang terletak di Bandar Baru Uda diberi nama “The Fire Barbershop”, sinonim dengan kerjayanya sebagai anggota bomba dan penyelamat.

Mohd Saifulizam, 45 tahun, pada mulanya menganggap bakat menggunting rambut sebagai usaha untuk menambah pendapatan keluarga.

“Saya dapat idea ini pada 1996 lalu saya belajar menggunting rambut di samping meneruskan pekerjaan saya sebagai angggota bomba. Pada ketika itu, gaji asas saya cuma RM382, jadi saya perlu berusaha tambah pendapatan.

“Apabila saya gabung kedua-dua pendapatan saya, saya lihat boleh jana pendapatan lebih tinggi,” katanya sambil tambah beliau memutuskan untuk buka kedai gunting rambut pada 2016 apabila lihat potensi untuk berkembang.

Beliau yang berasal dari Muar, Johor mula berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru pada 15 Mac 1995 dan kini berpangkat Pegawai Bomba Kanan II.

KONSEP “KEKELUARGAAN”

Bermula dengan hanya separuh kedai dan mampu terima tiga pelanggan sahaja pada satu masa, Mohd Saifulizam kini berjaya membesarkan kedainya serta menggajikan empat pekerja untuk menerima lebih ramai pelanggan.

Selain itu, kedainya itu mengetengahkan konsep kekeluargaan yang dilengkapi sudut santai untuk pelanggannya malah mempunyai ruangan khas untuk wanita iaitu “Hijab Salon”.

“Kita ketengah konsep ini sebab bagi kita, keselesaan itu penting. Kita ada ruang menunggu yang luas, sudut santai dan kemudahan jalur lebar (WIFI) untuk pelanggan.

“Kita mahu pelanggan selesa terutama kanak-kanak kerana mereka ini takut kalau gunting rambut. Jadi ruangan yang luas ni kita manfaatkan. Biar mereka bermain dan tenang sebelum gunting rambut,” tambah Mohd Saifulizam.

Selain itu, The Fire Barbershop yang buka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam turut menawarkan perkhidmatan “kunjungan ke rumah” untuk pelanggan yang mahu bergunting rambut di rumah masing-masing.

“Kadang-kadang ada pelanggan mahu kita ke rumah terutama yang tidak sihat untuk ke kedai. Jadi kita boleh pergi ke rumah mereka. Kos pula bergantung kepada jarak perjalanan dan caj perkhidmatan yang digunakan,” katanya.

ISTERI, ANAK MINAT YANG SAMA

Encik Mohd Saifulizam membuka perniagaan tersebut bersama isteri Norasykin Nordin, 43, dan anaknya Arif Rahimi, 18, yang juga berkongsi minat yang sama.

Norasykin yang menguruskan Hijab Salon berkata beliau mengambil kursus selama dua tahun sebelum mempunyai keyakinan menguruskan pelanggannya sendiri.

“Sebenarnya ini dirancang oleh suami kerana pada awalnya, saya tidak berapa minat. Pada mulanya saya hanya gunting baju tetapi suami saya cadang supaya saya turut bantu perniagaannya jadi suami saya hantar saya untuk ambil kursus menggunting rambut sehingga saya yakin dengan kemampuan saya,” katanya.

Manakala, Arif berkata minatnya timbul apabila melihat cara penggayaan serta potongan rambut pemain bola yang memberi inspirasi untuknya belajar menggunting rambut pada usia 16 tahun.

Arif kini mempunyai pelanggan tetap dalam kalangan pemain bola Johor Darul Takzim (JDT).

“Saya mula-mula cuba mesej mereka melalui platform media sosial dan pelanggan pertama saya adalah Syafiq Ahmad. Sekarang saya ada sembilan pelanggan tetap terdiri daripada para pemain bola JDT dan pengurus pasukan,” katanya.

TUGAS BOMBA TETAP DITERUSKAN

Meskipun mempunyai perniagaan sendiri, Mohd Saifulizam berkata pekerjaan sebagai tukang gunting rambut tidak pernah ganggu tugasnya sebagai anggota bomba kerana ahli keluarganya banyak bantu menguruskan kedai semasa bertugas.

Tambahnya, terdapat juga pelanggan yang sanggup menunggu waktu terluang atau ketika beliau bercuti semata-mata mahu mendapatkan perkhidmatan beliau.

Beliau berkata kedai gunting rambutnya itu juga menerima pelajar praktikal yang mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Kolej Komuniti.

Setakat ini sudah dua orang pelajar kolej berkenaan menjalani latihan amali di kedai guntingnya.

Menurut Mohd Saifulizam lagi, beliau juga mempunyai perancangan mahu menyediakan program seperti pencarian bakat baru dalam bidang tukang gunting kerana pekerjaan itu semakin diterima masyarakat. – BERNAMA

Tags: Bombagunting rambut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd