• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batu Nisan Lama Zaman Sultan Melaka Ditemui

oleh
27/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANEH… Penduduk Kampung Bukit Duyong di sini hari ini gempar dengan penemuan empat pasang batu nisan jenis laterit yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-16.

Salah seorang penduduk, Roslan Ramlan, 52, berkata, batu nisan itu ditemuinya bersama enam pasang batu nisan biasa ketika membersihkan kawasan semak di kawasan berkenaan menggunakan perkhidmatan jentolak.

“Pemandu jentolak tersebut kemudian memberitahu dia ada menemui beberapa buah batu nisan dan mengumpulkannya sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan.

“Bagaimanapun, saya pelik kerana sepanjang 10 tahun tinggal di sini, kawasan ini tidak mempunyai tanah perkuburan,” kata Roslan ketika ditemui media di Kampung Bukit Duyong di Melaka hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Fadhilah Md. Salleh berkata, berdasarkan pemantauan awal, empat pasang batu nisan itu dipercayai jenis laterit yang berusia 500 tahun.

“Pihak kami akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengenalpasti nilai sejarah penemuan berkenaan serta menilai sama ada ia mempunyai hubung kait dengan penemuan batu nisan jenis sama di Johor tahun lalu,” katanya.

Tambah Fadhilah, berdasarkan kepada bentuk batu berkenaan, dua batu nisan berkenaan adalah tanda untuk kubur jenazah lelaki manakala lapan lagi batu nisan untuk kubur jenazah wanita.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Rahimin Bani berkata, siasatan lanjut akan dibuat bagi memastikan sama ada ia memang berasal dari kawasan itu.

Katanya, bagi mengelakkan unsur salah guna, kesemua batu nisan itu akan ditanam semula di kawasan tanah perkuburan berhampiran dan kes disiasat mengikut Seksyen 62 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: batu nisanKesultanan Melayu Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Buru Pencuri Batu Nisan

Polis Giat Buru Pencuri Batu Nisan

02/05/2023
0

JOHOR BAHRU: Polis giat mengesan individu yang bertanggungjawab atas kehilangan lebih 10 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau,...

Batu Nisan Ditemukan Di Ruang Solat Masjid

20/04/2022
0

KULIM: Jemaah yang mahu menunaikan solat Subuh terkejut apabila menemukan batu nisan di ruang solat Masjid Al Itihad di Sungai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd