• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batu Bumi Berusia 4 Bilion Tahun Ditemui Di Bulan

oleh
28/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) mendedahkan misi angkasa lepas Apollo 14 ke Bulan pada tahun 1971 telah menemui seketul batu dari Bumi dianggarkan berusia empat bilion tahun.

Selepas 48 tahun, pakar NASA mendakwa batu yang dibawa pulang untuk analisis lanjut itu adalah mendapati ia merupakan sebahagian daripada kerak Bumi yang terpelanting ke Bulan selepas sebuah asteroid atau komet besar menghentam planet ini.

Penyelidik NASA percaya impak pelanggaran lebih empat bilion tahun lalu telah mencampakkan ketulan batu tersebut ke angkasa lepas. Ia kemudian mendarat di permukaan Bulan yang ketika itu dipercayai tiga kali ganda lebih dekat dengan Bumi berbanding sekarang.

Sebahagian batu tersebut melebur sekitar 3.9 bilion tahun dahulu dan tertanam di bawah lapisan Bulan. Ia dipercayai timbul semula ke permukaan selepas sebuah asteroid menghentam Bulan kira-kira 26 juta tahun lalu sehingga membentuk struktur dikenali sebagai Kawah Cone.

Batu itu menjadi kristal kira-kira 20 kilometer di bawah permukaan Bumi antara empat hingga 4.1 bilion tahun lalu ketika planet ini baru terbentuk sebelum ia ‘terbang’ ke Bulan. – Agensi

Tags: Batubulan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kapal Angkasa Luna-25 Terhempas Di bulan

Kapal Angkasa Luna-25 Terhempas Di bulan

20/08/2023
0

MOSCOW: Agensi angkasa lepas Russia, Roscosmos mengesahkan kapal angkasa Luna-25 terhempas di bulan selepas berputar tanpa kawalan. (Ada rancangan nak...

NASA Umum Nama Empat Angkasawan Keliling Bulan 3 April

NASA Umum Nama Empat Angkasawan Keliling Bulan 3 April

11/03/2023
0

WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akan mengumumkan nama empat angkasawan iaitu tiga warga Amerika Syarikat (AS) dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd