• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Perantara MRT Laksana Penuh Sistem Tanpa Tunai

oleh
30/01/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAPID Bus Sdn. Bhd., pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, akan melaksanakan sistem pembayaran tambang tanpa tunai sepenuhnya bagi semua bas perantara Mass Rapid Transit (MRT) bermula Jumaat ini untuk meningkatkan kemudahan penumpang dan menikmati perjalanan yang lebih lancar ketika menaiki bas.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan pada Selasa berkata bagaimanapun, tempoh tangguh satu bulan lagi diberi kepada pemegang kad konsesi semasa iaitu pelanggan terdiri daripada pelajar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang masih dibenarkan untuk membayar dengan tunai sehingga 28 Februari.

“Tempoh tangguh ini bagi membolehkan mereka untuk memohon kad konsesi mereka melalui www.myrapid.com.my atau di kaunter konsesi Pasar Seni dan hab bas Pasar Seni. Sistem bayaran tanpa tunai itu meliputi semua 57 laluan bas perantara dari Sungai Buloh ke depot MRT Kajang,” katanya.

Menurut kenyataan itu dengan 60,000 penumpang harian, Rapid Bus Sdn. Bhd., anak syarikat Prasarana itu menjangkakan 51 peratus akan menukar kepada sistem tanpa tunai dengan lancar.

Prasarana berkata langkah itu juga dapat menyokong usaha negara untuk mempercepat agenda nasional ke arah merealisasikan masyarakat tanpa tunai, yang menjadi sebahagian aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kecekapan sistem pembayaran negara.

“Pelanggan dinasihatkan untuk membeli kad Touch ‘n Go sebelum menaiki bas bagi memastikan kelancaran perjalanan bersama kami. MyRapid Touch ‘n Go boleh dibeli dari mana-mana pejabat perkhidmatan pelanggan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Monorail atau Bas Rapid Transit (BRT).

“Pelanggan yang telah membeli produk My100 dan My50 boleh menggunakannya bagi sistem pembayaran tanpa tunai di dalam bas,” menurut kenyataan itu lagi. – BERNAMA

Tags: Bas perantaraMRTTouch 'n Go
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

06/03/2025
1

JOHOR BAHRU: Seramai 48,000 Bangsa Johor berpeluang menerima insentif eWallet Touch 'n Go bernilai RM20 dalam usaha menggalakkan transaksi tanpa...

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd