• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Pengantin Kerugian RM21,668 Ditipu Sindiket

oleh
24/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPASANG bakal pengantin baru kerugian RM21,668 selepas ditipu satu sindiket yang menggunakan media sosial Facebook untuk menawarkan pinjaman kewangan yang tidak pernah wujud.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini berkata dalam kejadian 10 Januari lepas, pasangan itu mahu membuat pinjaman sebanyak RM100,000 tetapi sindiket berkenaan memperdayakan mereka dengan meminta membuat bayaran awal terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan mereka diproses.

“Mangsa iaitu bakal pengantin lelaki yang berusia 32 tahun dan bekerja sebagai pengurus kilang telah menerima mesej WhatsApp daripada individu tidak dikenalinya dan terpedaya dengan iklan pinjaman tersebut.

“Mangsa telah menghubungi nombor telefon tersebut dan berhubung dengan tiga orang lelaki yang mendakwa adalah ejen syarikat Master Credit Sdn Bhd yang menawarkan pinjaman peribadi,” katanya hari ini.

Katanya mangsa dan pasangannya berusia 29 tahun kemudian bersetuju membuat pinjaman wang RM100,000 untuk kegunaan bagi memajukan lagi syarikat dan telah diminta membuat pelbagai bayaran kononnya untuk membuka akaun, insurans dan yuran memproses pinjaman.

Noorzainy berkata pasangan yang terpedaya dengan alasan sindiket itu telah membuat sebanyak 10 transaksi pindahan wang menerusi perbankan Internet keseluruhannya berjumlah RM21,668 ke dalam enam akaun bank yang berbeza, namun telah diminta membuat beberapa bayaran tambahan lagi.

“Setelah menyedari dia ditipu, mangsa telah menghubungi seorang daripada lelaki yang mengaku sebagai ejen pinjaman itu untuk memintanya mengembalikan wang yang dipindahkannya sebelum ini tetapi ejen berkenaan enggan berbuat demikian,” katanya.

Berikutan itu, mangsa dan pasangannya membuat satu laporan polis semalam dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA

Tags: pengantinsindiket pinjaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elak Bayar Saman Trafik Melalui Ejen – Polis

Next Post

Bapa Muhammad Adib Harap Inkues Disegerakan

Related Posts

Pengantin ‘Sempoi’ Guna Brokoli, Butang Baju Lego

06/03/2019
0

INILAH pasangan pengantin paling sempoi di awal 2019. Kebiasaannya pengantin tidak kira sama ada perempuan atau lelaki sudah pasti akan...

Bercerai Beberapa Minit Selepas Diijab Kabul

06/02/2019
0

KUWAIT CITY - Sepasang pengantin baharu tidak sempat menikmati malam pertama apabila bercerai beberapa minit selepas diijab kabul. Insiden itu...

Next Post

Bapa Muhammad Adib Harap Inkues Disegerakan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd