• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Bakal Jaguh No.1 Dunia

oleh
08/01/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAGUH pecut negara, Azizulhasni Awang berpeluang besar untuk kembali berada di kedudukan No. 1 dunia bagi acara keirin apabila dijadualkan beraksi pada Kejuaraan Berbasikal Asia (ACC) 2019 di Jakarta, Indonesia yang membuka tirainya hari ini.

Ketika ini, bekas juara dunia 2017 itu mengumpul 2,445 mata dengan berada di tangga kedua dunia dan hanya dibezakan 55 mata di belakang Matthew Glaetzer dari Australia.

Pentas ACC menawarkan mata berganda untuk para pelumba yang menyaksikan pemenang pingat emas pada saingan sama tahun lalu meraih 600 mata, perak (540 mata) dan gangsa (480 mata).

Menurut pelumba berusia 31 tahun itu, sasarannya pada setiap kejohanan adalah sama iaitu mahu memenangi pingat emas yang menawarkan mata maksimum untuk layak ke kejohanan besar se­perti Sukan Olimpik.

Bagaimanapun, dia me­ngakui misinya untuk me­rangkul emas agak sukar memandangkan prestasi pelumba lain seperti Jepun, Korea Selatan dan China tidak boleh dipandang ringan.

“Saya akan melakukan aksi terbaik dan yakin sasaran yang diletakkan kepada saya boleh dilaksanakan dengan baik. Kejohanan ini juga me­rupakan medan terbaik untuk saya mengukur kemam­puan menjelang perlumbaan Kejuaraan Dunia 2019 tidak lama lagi,” ujarnya.

Azizulhasni pernah menjadi pelumba No. 1 dunia dalam acara keirin sebanyak tiga kali iaitu pada musim 2008/09, 2010/11 serta 2016/17 bahkan pernah menyarung jersi pe­langgi pada 2017 sebagai juara dunia keirin.

Pada saingan ACC 2018 di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan tahun lalu, atlet kelahiran Dungun, Terengganu berkenaan me­raih pingat gangsa dalam acara keirin, manakala Tomoyuki Kawabata dari Jepun serta Im Chae-bin (Korea Selatan) masing-masing meraih emas dan perak.

Dalam acara pecut individu pula, pelumba yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman itu meraih perak.

Emas tunggal negara disumbangkan oleh Jupha Somnet menerusi acara points race. – K!ONLINE

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Krisis Prestasi Real Madrid Memuncak

Next Post

Bekas ADUN Gunung Semanggol Meninggal Dunia

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

Bekas ADUN Gunung Semanggol Meninggal Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd