• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aruz, Model SUV Terbaharu Ditawar Perodua

oleh
03/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Selepas kejayaan model mini kenderaan utiliti sukan (SUV) Kembara dan Nautica, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melangkah ke hadapan menerusi Aruz.

Model SUV terbaharu itu kini mula dibuka untuk tempahan awal pelanggan dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200 sebuah tidak termasuk insurans untuk pembeli di Semenanjung Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam kenyataan media di ibu negara hari ini berkata, Aruz ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5X dan 1.5 Advance dengan lima pilihan warna.

Ini meliputi Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey serta warna baharu iaitu Amazon Green. Menurut beliau, jentera tersebut mendapat penarafan keselamatan lima bintang ASEAN NCAP.

Ia malahan dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula-Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara. 
Ciri-ciri ini sebenarnya adalah standard untuk kesemua varian.

Bagaimanapun untuk varian Advance pula ada menampilkan sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) yang telah dipertingkatkan iaitu ASA 2.0.
 Ia adalah sistem bantuan pemanduan yang bantu mengurangkan risiko pelanggaran.

“Aruz dikuasakan menerusi enjin empat silinder 1.5 liter blok aluminium dengan pemanduan Dual VVT-i dan transmisi automatik yang dikawal secara elektronik (E-AT),” kata Zainal Abidin lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: AruzPerodua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd