• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angka Maut Letupan Paip Minyak Di Mexico Naik 89

oleh
22/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEXICO CITY – Angka kematian dalam insiden letupan akibat kebocoran saluran paip minyak di Tlahuelilpan, Hidalgo yang terletak di Mexico Tengah telah meningkat kepada 89 orang, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai kanan pada Isnin.

Angka korban dalam insiden letupan pada Jumaat malam itu semakin meningkat kerana beberapa mangsa yang cedera parah telah meninggal dunia akibat kecederaan mereka.

“Malangnya, empat lagi telah meninggal dunia, menyaksikan peningkatan kepada jumlah 85 orang yang sebelum ini diumumkan. Hari ini, jumlah kematian ialah 89 orang,” kata Menteri Kesihatan, Jorge Alcocer kepada pemberita dalam sidang akhbar harian kerajaan.

Sejumlah 65 orang masih hilang manakala 51 lagi dimasukkan ke beberapa hospital di Mexico Tengah.

Dua remaja yang cedera telah dibawa ke bandar Galveston, Texas di Amerika Syarikat untuk menerima rawatan khusus bagi luka terbakar.

Sementara itu, Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador menekankan fakta bahawa tragedi tersebut berlaku disebabkan kegiatan mencuri minyak, satu jenayah biasa yang cuba dihapuskan oleh kerajaannya.

“Tragedi ini sudah tentu boleh dielak jika tiada rasuah di Mexico atau kegiatan mencuri minyak,” kata beliau.

Kerajaan akan mempertingkat pengawasan di sepanjang rangkaian saluran paip yang dimiliki dan dikendali oleh syarikat minyak negara Petroleos Mexicanos (Pemex) bagi mengekang kegiatan haram itu, katanya. – BERNAMA

Tags: mangsa letupanmexico
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

01/01/2026
0

MEXICO: Seorang usahawan terkenal, Alberto Prieto, dilaporkan dib*unuh oleh kumpulan kartel selepas beliau enggan membayar yuran perlindungan yang dituntut oleh...

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

06/12/2025
0

MEXICO akan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 di Mexico City pada 11 Jun, 16 tahun selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd