• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Pengarah Direman Untuk Siasatan Berhubung Terima Tender

oleh
09/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Anak seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini hari ini direman selama enam hari bagi membantu siasatan kerana disyaki bersubahat dengan bapanya dengan mencadangkan syarikat miliknya untuk diberikan tender bernilai RM45,472.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret George Town Muna Maria Azmi selepas mendengar permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap lelaki berumur 27 tahun yang kini adalah eksekutif di sebuah agensi Kerajaan Negeri Perak.

Lelaki itu, yang juga pemilik sebuah syarikat, disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Eksekutif berkenaan ditahan di pejabatnya di Perak pada pukul 10.30 pagi semalam selepas disyaki mencadangkan sendiri syarikat milik beliau untuk diberikan tender bagi satu projek sistem kelas tabika di sini kepada jawatankuasa penilaian sebutharga untuk projek berkenaan.

Semalam bapa lelaki itu yang berusia 58 tahun direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung aduan terhadapnya kerana menggunakan jawatannya untuk membolehkan syarikat milik anaknya memperoleh tender berkenaan. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pengerusi Agensi Kerajaan, CEO Syarikat Direman 4 Hari

Next Post

Anak Lembu Satu Mata Jadi Tarikan Di India

Related Posts

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Aset dan harta dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, keluarganya serta proksi, yang berada di...

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq...

Next Post

Anak Lembu Satu Mata Jadi Tarikan Di India

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd