• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Mufti Kedah Luah Mohon Maaf Najib

oleh
31/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Setelah hampir sembilan bulan Pakatan Harapan (PH) berkuasa, banyak pihak termasuk penyokong blok itu mula ‘buka mata’ terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terbaharu, tular dalam kalangan netizen tempatan apabila anak Mufti Kedah, Ahmad Husam Baderuddin sendiri tampil secara terbuka menerusi akaun sosial Facebook dirinya memohon maaf daripada bekas Presiden UMNO itu.

Hantaran ini sehari selepas Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands malah terima reaksi luar biasa apabila raih hampir 9,000 tanda suka, dikongsi lebih 2,700 kali dan 1,300 komen.

Ahmad Husam yang dikenali sebagai penyokong tegar PAS sebelum ini pada 16 Disember 2017 pernah catat dalam laman itu ketika di tanah suci Makkah mengenai kebencian beliau terhadap Najib dengan pelbagai ayat maki keji.

Bagaimanapun kali ini, ayat yang digunakan beliau langsung berubah sehingga dapat pujian ribuan pengguna media sosial sejajar dengan kerjasama politik erat antara UMNO dan PAS lawan PH pada pasca PRK Parlimen berkenaan.

Berikut catatan Ahmad Husam:

Selama ini orang yang paling teruk dihina di Malaysia adalah beliau, bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

Dihina tanpa kita sendiri mengetahui sejauh mana kebenaran dan bukti fitnah tersebut.

Dahulu, beliaulah adalah manusia yang paling dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia.

Walaupun banyak jasa yang beliau curahkan untuk rakyat Malaysia, tetapi semua jasa tersebut seolah-olah tertutup dek kerana fitnah yang dicanang.

Di antara manusia yang sangat benci kepada beliau pada waktu itu juga adalah aku.

Entah kenapa yang aku turut benci kepada beliau pada masa itu, sedangkan aku pun tidak pernah mencari fakta dan kebenaran.

Aku hanya mendengar pertuduhan dan terus percaya. Lalu pada PRU ke-14, Allah SWT takdirkan beliau dikalahkan dengan fitnah.

Aku masih ingat macam mana rakyat Malaysia melayani beliau pada waktu itu.

Sekumpulan manusia mula menunggu beliau di airport untuk menghalang beliau kononnya bekas perdana menteri hendak lari tinggalkan Malaysia.

Rumah beliau digeledah pada bulan Ramadan sehingga ke pagi, beliau terpaksa tidur di atas kusyen.

Dan macam-macam lagi layanan buruk yang beliau terpaksa lalui.

Aku rasa kalau alang-alang orang yang kena, boleh jadi gila. Tetapi beliau cool sahaja.

Apa yang beliau selalu kata, “Saya akan buktikan saya bukan penyamun dan penyangak”.

Beliau mahu buktikan beliau tidak bersalah.

Hari ini kita dapat lihat Allah SWT mengangkat beliau. Gelombang Najib mula melanda Malaysia.

Kalau dulu majoriti rakyat Malaysia benci beliau, hari ini seluruh rakyat Malaysia menyayangi beliau.

Datuk Seri Najib, maafkan kami rakyat Malaysia yang termakan fitnah selama ini.

Maafkan kami. Hari ini Allah SWT sedang mengangkat kebenaran dan meranapkan fitnah. Kami sudah nampak semuanya.

Semoga Allah SWT memelihara kita daripada terus termakan dengan fitnah. Wajib selidik dahulu apa yang kita terima.

#MaluApaBossku

Tags: mufti kedahNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Turun, Ringgit Turun Lebih Teruk Berbanding Baht!

Next Post

Malaysia Bayar Kos Tangguh Projek HSR – Singapura

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Malaysia Bayar Kos Tangguh Projek HSR - Singapura

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd